Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2014 (Zon Timur)

silat tempur zon timur

 

Adalah dimaklumkan bahawa Pertandingan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2014  (Zon Timur) akan berlangsung pada 24 hingga 26 Disember 2014 di Dewan Utama Kerajaan Negeri Pahang, Kuantan.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas.

Berikut adalah butiran kejohanan yang lepas:

1. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 1 [Zon Tengah] – Berlangsung pada 11 hingga 13 april 2014 di Pusat Sukan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak. Bilangan peserta seramai 300 orang (20 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan].

2. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 2 [Zon Selatan] – Berlangsung pada 22 hingga 24 Ogos 2014 di Universiti Teknologi MARA, Seremban 3, Negeri Sembilan. Program ini akan menghimpunkan para peserta silat dari negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Bilangan peserta seramai 300 orang (20 pasukan) kerana setiap pasukan mempunyai 15 orang peserta [8 peserta lelaki dan 7 peserta perempuan]. Tujuannya untuk melahirkan pelapis silat sukan silat olahraga serta memahirkan pesilat remaja mengukuhkan kefahaman system pertandingan silat.

Diharapkan kepada para peserta berminat dapat menghubungi Pengarah Program, Encik Mohamad di talian 017 – 938 4424. Tarikh tutup pada 21 Disember 2014.

Sekian, harap maklum.

Duta Silat European Tour 2014.

Duta Silat European Tour 2014.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com