Perlanjutan Tempoh Pendaftaran Keahlian PSGFM 2013 (Peringatan Kedua)

Peringatan Silat

Pengumuman Rasmi (Peringatan Ke-2):

PERLANJUTAN TEMPOH PENDAFTARAN KEAHLIAN PSGFM 2013

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Diminta semua ahli lama PSGFM dari tahun 1976 sehingga 2012, untuk mendaftar semula keahlian.

Pendaftaran semula ini adalah berikutan PSGFM telah berdaftar semula di bawah Jabatan Pendaftaran Negara yang dahulunya di bawah kelolaan Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( 1997 – 2012 ).

Pendaftaran ahli boleh dibuat dengan melayari http://senigayungfatani.com/borangkeahlianpsgfm.pdf sebelum 5 Mei 2013.

Yuran Ahli adalah RM 25 ( setahun ), dan bayaran boleh dibuat kepada akaun RHB Bank bernombor : 2-62513-0000098-5 (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia).

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke email : admin@senigayungfatani.com

Notis ini adalah merupakan peringatan ke-2 bagi semua ahli agar mendaftarkan diri semula bersama PSGFM. Sekiranya ada di antara ahli yang ingkar, maka pihak PSGFM tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap sebarang perkara yang tidak diingini atau yang menyalahi peraturan pertubuhan serta undang – undang negara.

Sekian, terima kasih.

‘FATANI NUSA BAKTI’

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com