About

Sikap Pendekar

Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur.

Anuar Abd.Wahab A.M.N.

Secara ringkas Perkhidmatan Pendidikan Silat PSGFM ke arah melahirkan insan yang mahir dalam ilmu persilatan atau pendekar yang miliki sikap dan nilai-nilai murni seperti berikut : Sikap Pendekar ialah matlamat atau arah tuju perkhidmatan Penddidikan Silat Perubuhan Seni Gayung Fatani iaitu membina dan melahirkan insan atau masyarakat yang mahir dalam ilmu persilatan yang cintakan ilmu, beramal dengan ilmunya dengan yakin dan mengembangkannya. Secara umumnya ialah ilmu yang mendatangkan faedah pada zahir dan batin, kususnya ilmu silat.

Setiap ilmu dan amal mencerminkan nilai-nilai murni adat dan adab atau sopan santun seni budaya Melayu yang sejajar dengan syarak. Setiap pendekar silat mestilah seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi untuk memenuhi cita-citanya seperti gigih, bijaksana, sabar, tenang, terampil, berani, jujur, amanah, setia, pengasih, takwa, yakin, luhur, rajin dan seumpamanya yang dapat menggunakan ilmu silat atau lain-lain kemahiran tempat yang betul di atas jalan kebenaran untuk keamanan dan kesejahteraan sejagat.

About the Author

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com