Amanat 2015

Guru Utama PSGFM

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua dan seluruh warga kerja guru kanan, guru, jurulatih, pembantu jurulatih serta anak-anak gelanggang PSGFM di seluruh Malaysia dan sedunia.

Hari ini kita telah melangkah ke tahun baru masehi 2015 mengimpikan kejayaan yang lebih lagi dan meninggalkan 2014 dengan memori indah.

Apa yang kita lalui adalah pelajaran dan perjalanan ke arah memajukan diri dalam kerja silat sama ada kepada anak gelanggang hinggalah kepada saya sendiri.

Usaha membangunkan PSGFM adalah terletak kepada kita semua.

PSGFM adalah milik kita selagi kita bersama sebagai ahli yang sah dan menjaga disiplin sebagai ahli.

Ahli lama dan tidak bersama kita adalah ahli yang tidak aktif. Jurulatih dan guru tidak perbaharui keahlian pula dengan PSGFM kini tiada tauliah pengiktirafan untuk melayakkan dia mengajar pada tahun ini. Kita terpaksa melupakan sahaja ahli lama yang tiada semangat berpersatuan dan merugikan masa pertubuhan ini.

Ini harus jelas dan faham apa itu persatuan dan peraturan yang disusun dalam menggerakkannya.

ahli tak berdaftar

AJK PSGFM kini adalah warga kerja terpilih dalam menggerakan persatuan ini. Mereka sah sebagai mata telinga kakitangan yang aktif dalam memacu PSGFM. Kita saling sokong menyokong dan membimbing ahli-ahli dalam aspek persilatan.

silat-intensive-training-3a

Setiap ahli baru perlu mengikuti semua sukatan silat yang telah ditetapkan dan semua itu perlu pengorbanan masa dan tenaga serta sokongan penjaga dan ibubapa.

Bila kita tamat hingga bengkung hitam..itu baru nak mula bersilat“, kata-kata ungkapan oleh arwah Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN. Jika bengkung hitam baru nak mula..apakah jadi jika ada di kalangan ahli yang tidak tamat dalam erti kata tak habis belajar silat?.

Sukatan PSGFM unik dan tidak sama seperti perguruan berteras pencak silat, oleh itu ahli yang telah tamat bersama PSGFM perlu istiqamah dalam menjaga ilmu dan menjaga tatatertib diri dan emosi.

Kita telah bergerak dengan komuniti pengurusan yang baru sejak 2013 hingga kini dan masa akan terus berdetik ke hadapan, apa yang kita perlu buat dan rancang?

Ini adalah gerak kerja, ini adalah peluang, ini adalah masa depan kita semua.

Kita ada produk kita ‘brand’ kita sendiri dan kita perlu memasarkannya.

Untuk memasarkan kita perlu tenaga pengajar..kita perlu jurulatih yang ramai dan komited. Jadi kita perlu lakukan sekarang.

Bagaimana gelanggang ‘secara tidak sah’ mengguna nama PSGFM dan ahli-ahli yang tidak mendapat maklumat terus sahih dari kita?

PSGFM akan berhubung dengan pihak pengurusan sebagai contoh Sekolah, Ipta dan sebagainya. Kita akan ganti tenaga pengajar yang baru, gerak kerja ini telah dirangka dan bakal digerak tidak lama lagi.

Kita perlu realistik dan berani menyata kebenaran dan pendekatan jelas kepada ‘client’ kita.

Saya selaku guru utama PSGFM mendoakan agar saya dan semua ahli-ahli memperbaharui semangat dan azam bersama membangunkan PSGFM agar terus mara maju dan memperolehi keuntungan dunia dan akhirat.

Akhir kata salam semangat untuk semua “psgfm adalah keluarga kita semua” harus dipupuk terus agar kesatuan kita menjadi satu kekuatan kita dari masa ke semasa, SELAMAT TAHUN BARU 2015.

Ikhlas,

Tuan Guru Utama Aminuddin Haji Anuar

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com