Amanat Guru Utama PSGFM

Assalamualaikum,

Kepada semua ahli-ahli PSGFM saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru masehi 2011..selaku Guru Utama PSGFM saya berharap dan mendoakan kesejahteraan dan kejayaan bersama dalam membangunkan SILAT pada tahun 2011 ini.

Selaku kelangsungan mandat KEGURUAN saya menggalas amanah ini secara langsung dan tidak langsung dari ayahanda Tuan Guru Anuar Hj Abd Wahab AMN untuk kesetabilan dan menjamin keilmuan yang dinamakan Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002 PSGFM tetap utuh dan diamalkan berterusan segenap lapisan masyarakat.

Untuk makluman ahli-ahli, sebagai contoh setiap peninggalan dari seorang bapa sama ada sawah bendang, ladang atau kilang mahu pun sebuah persatuan silat, maka secara tidak langsung si anaknya lah yang akan meneruskan kerja tersebut tanpa soal jawab. Orang lain adalah entiti asing adalah tidak layak menyoal sebab dan musabab kenapa perkara itu terjadi, apa yang perlu ialah memberi sokongan kepada anak itu untuk membangunkan kerja tersebut bersama.

Jawatan Guru Utama ini bukan untuk dijadikan rebutan, saya melihatkan ianya adalah kelangsungan dari tanggungjawab perguruan. Saya dapat tahu hal ini tidak disenangi oleh segelintir ahli-ahli lama atau baru apa yang perlu ialah berlapang dada dan bersama menjayakan amanah kerja SILAT untuk masa mendatang. Saya telah menyatakan fakta hujah perlunya status Guru Utama diteruskan dan dikekalkan dengan jelas namun tindakan sebaliknya berlaku jawatan tersebut tidak diperlukan dengan alasan “tiada individu yang layak” lihatlah begitu dangkalnya segelintir individu yang dahulunya begitu menyokong kerja Guru Utama Tn Hj Anuar.

Perlu difahami, perguruan perlukan Guru Utama dalam menstabilkan dan meneruskan tradisi keguruan, jika tidak PSGFM tidak layak menjadi Perguruan dan duduk di PESAKA sebagai badan pendiri.

Saya berharap sokongan dan kerjasama anda sebagai ahli-ahli dalam meneruskan PSGFM dilandasan yang betul sebagai sebuah perguruan yang sah.

Sekian, Guru Aminuddin Hj Anuar

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com