Bengkel Muzik Silat Baku Malaysia 2014

bengkel gendang silat

 

PSGFM MEMPERJUANGKAN MUZIK SILAT BAKU ASLI MALAYSIA

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merupakan aliran perguruan yang mengamalkan silat Melayu tradisi yakni silat asli tempatan yang mengekalkan penggunaan pergendangan silat dalam persembahan dan pertandingan silat Melayu. Pergendangan silat dapat melahirkan masyarakat pewaris yang cintakan seni muzik tradisi budaya bangsa Malaysia.

Sebagai perguruan yang berjaya membangunkan amalan permainan tradisi rakyat silat pulut, PSGFM berhasrat untuk melahirkan generasi muda sebagai pelapis yang dapat mengekalkan pergendangan silat Melayu yang dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia.

Peralatan pergendangan silat Melayu tradisi terdiri daripada Gendang Ibu, Gendang Anak, Serunai dan Gong.

 

MATLAMAT

Matlamat utama ialah melahirkan generasi muda sebagai pelapis dari perguruan silat yang menjadi tulang belakang pembangunan dan perkembangan pergendangan silat Melayu di Malaysia. Memang terdapat pengamal pergendangan silat di kalangan masyarakat desa, tetapi amalan ini beransur sepi kerana tidak mempunyai organisasi dan matlamat dalam pembangunan pergendangan silat di peringkat negara dan antarabangsa.

Maka usaha pembangunan silat tersebut menjadi tanggungjawab bersama yang diwakili oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia,  PSGFM, Kelab Silat Universiti Malaya, dan Pusat Cemerlang Silat Malaysia.

Di samping itu dapat melahirkan pemain Muzik Silat Baku Malaysia yang boleh dijadikan lambang warisan muzik silat versi Malaysia.

Sebarang persoalan bolehlah menghubungi Guru Shahiid di talian, 017-344 6272.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com