Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita diumumkan bahawa Pakar Silat Malaysia, Yang Berbahagia Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah bersetuju untuk membuka HUB Silat Malaysia di Seksyen 19, Shah Alam.
Menurut Laman Rasmi Kelab Silat Shah Alam, Tuan Guru akan memulakan kelas silat di Shah Alam pada Hari Jumaat, Jam 8.30 malam – 10.30 malam. Kelas tersebut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah UITM, MBSA, PSGFM, KSOB, KSFB, KPT, KBS, JKKN dan lain-lain lagi.
Diharapkan warga Shah Alam tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan kepakaran Tuan Guru yang merupakan anak didik langsung kepada Allahyarham Tuan Guru Hj. Anuar Abdul Wahab AMN. Beliau telah berguru dengan Guru Utama Pertama PSGFM sejak dibangku sekolah lagi sehinggalah menjadi Juara Kebangsaan Silat, Pakar Kejurulatihan Silat, Usahawan Silat, Pengkaji Silat dan Pemikir kepada jatuh bangun Silat Melayu di Malaysia.
Berikut adalah kenyataan yang diperolehi oleh PSGFM menerusi laman rasmi Kelas Silat Dr. Nizam:
Kenyataan Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie berhubung Kelas Silat Dr. Nizam yang akan berlangsung di Shah Alam tidak lama lagi.
Posted by Kelab Silat Shah Alam on Thursday, April 23, 2015
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.