Pesanan Guru Utama

26 September 2010

salam,

kepada semua ahli GF yg melayari fb..baik dari pg, ptg..hingga lewat mlm..sy suka berkongsi ttg hala tuju SM yang kita kendalikan baik di peringkat sekolah hingga kebangsaan. tahniah kepada tenaga teknikal dan wasit juri yg terlibat menjayakan misi kita ini. kita ada satu produk iaitu Silat Melayu yg telah diilhamkan oleh Allahyarham Guru Utama Tn Hj Anuar yg mana telah diberi kita amanah…

SM adalah milik tunggal GF.

Ahli GF yg dipertanggungjawab membina dan memajukannya. Jadi segala kelengkapan berkaitan pertandingan itu mesti mengikut piawai GF. Ahli perlu mmbina ‘trade mark’ yg jelas kpd SM. Erti kerja berpasukan dengan satu misi ini mudah jika kita hayati dgn betul…

Sedari awal saya suka menegur dan memperbetulkan hal yg kecilkecil sebelum menegur hal-hal yg besar-besar.

Kalau kita anggap remeh maka teguran itu natijahnya kita sukar untuk sepakat..namun tujuan saya satu iaitu menjaga ‘kepentingan hak dari sudut jamak’ pemilikan kita terhadap produk SM ini agar tidak bercampur baur dengan tempelan2 luar yg nanti menyukarkan kita menguasai peradaban jenama ‘SILAT’ di arena dunia.

Tentu ahli pernah terbaca berita ttg krjn indon sedang mendapatkan hak pemilikan nama ‘batik’ dari unesco? ingat-ingatlah ahli semua..jgn mainmain perancangan penjenamaan ini silap langkah kita tidak akan lihat nama silat tu jd hak kita, tidak terkecuali ‘takraw’ menjadi rebutan jenama pemilikan thailand dan kita masih terkial-kial untuk merebut hak tersebut apa lagi tentang pulau ‘batu putih’ akhirnya jd milik sang singa…

Jangan marah kalau saya perlu buat sedikit teguran ttg lencana tu..lencana pesaka dan persilat tu bukan ada kena mengena dengan GF dlm memartabatkan SM. cuba lah tuan2 pakai lencana tu batu putih tu pergi belajar di kelas taekwondo..atau karate..sedangkan baju tu dah cukup syarat ‘putih’..jwpn tuan2 sedia mengerti…

jd hak milik menjadi soal penting tuan2..sikit shj sy minta iaitu khaskan satu pasang baju silat putih berlencana Malaysia dan GF untuk diguna pakai dalam SM..bengkung kuning kunyit beserta tengkolok dan sampin batik..nak hurai panjang xpyh pasai tuan2 dah bergelar GURU..itu nilai ‘standard’ SM mahu dan praktik..

visi dan misi arwah guru utama kita mahukan SM ini menjadi satu wadah pertandingan yg setanding seperti yg dianjurkan oleh Persilat, Teakwondo, Judo..dan sebagainya. adalah tanggungjawab kita merealisasikannya. perlu usaha bukan setakat dimainkan dikalangan kita..malah disebar luas kpd setiap perguruan hingga menjadi satu pertandingan di peringkat nasional…MADE IN MALAYSIA

cukuplah kita dimomokkan dgn agenda persilat itu..acara tanding, seni solo tunggal, ganda dan sebagainya adalah satu projek GAGAL. ‘silat’ dibuang sepenuhnya dari jenama perlawanan itu sendiri..apakah anda masih berjalan dalam ‘GELAP’..sekurang2nya SILAT OLAHRAGA ada sedikit sinar serta acara SENI di zaman sy..

kita mahu propos SM menjadi produk pertandingan versi MALAYSIA dan kita GF memegang hak cipta tersebut..jd perlulah kita membuat ‘packaging’ yg sempurna dari semua aspek..barulah lulus ISO..

satu yg baik ttu disuka ramai..’benci tapi ridu’ itu ungkapan kpd GF semasa dipertandingan kebangsaan..tanpa kelibat GF di pertandingan silat kebangsaan mmg tidak menarik..untuk mengalahkan GF adalah matlamat sumer pguruan silat..tp GF ttp NO.1 di Malaysia

‘mu buat molek2’..ya ungkapan tu betul..jd dari segenap segi kita perlu sedar dan teliti..xsalahkan..sy perlu tegur dan buat molek segenap segi agar GF berada dlm kelas tersendiri dlm menganjurkan acaranya SM dan sebagainya…

jgn kita campur aduk ‘hak org’..maksud sy indon pun ‘segan’ jika nampak kita pakai lencana GF tu bila kita bertanding..ingat lg sy Kamarul ada cakap iaitu bila nampak team Malaysia yg ada pesilat GF mrk akan ckp ‘jika ada GF ini bikin kasus2..’ bermaksud jika ada GF team indon akan dlm masalah besar!!!

jd hal ini adalah untuk kita faham ‘HALA TUJU’ SM agar kita jelas kemana kita hendak bawa dan menjadikan ia satu program yg berkualiti dan membawa nama SILAT kepada landasan yg betul dan diterima ramai..insyAllah. amin.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com