Salam Sejahtera kepada semua ahli dan peminat silat di seluruh negara.
Setelah 3 peringatan dikeluarkan bagi mendaftar keahlian, masih terdapat individu atau kumpulan yang tidak mendaftarkan diri untuk bersama – sama PSGFM dalam memajukan Silat Melayu sama ada di Malaysia mahupun di peringkat Antarabangsa.
Sehubungan itu, berikut adalah senarai individu yang tidak lagi bersama PSGFM (tidak berdaftar).
Individu-individu ini tidak boleh mewakili dan/atau bertindak bagi pihak pertubuhan ini dalam apa-apa urusan yang berkaitan dengan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, sama ada dalam urusan gelanggang, kejurulatihan, pengurusan, penilaian serta pertandingan, sama di dalam atau di luar negara.
1. Zaihan bin Mohd Isa
2. Aziwahija bin Yeop
3. Mohd Ariff Bin Mat Hanafiah
4. Bambang Sumanteri bin Osman
5. Hafizal bin Abd Ghani
6. Zaiddy bin Zakaria
7. Mizan
8. Alzahari bin Idris
9. Hamidon
10. Razmadey bin Razlan
11. Halim bin Hamit
12. Mohd Mazhar Mohd Marzuki
13. Ahmad Kamel Mustaffa
* En Hazli bin Adnan ( bukan ahli – tidak pernah ada kaitan dengan PSGFM )
NOTA :
Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Segala permasalahan dan laporan berkenaan perkara ini, hendaklah dirujuk terus kepada
Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar – 016-819 2800.
Assalamualaikum, kepada sidang AJK PSGFM dan semua ahli-ahli PSGFM. Merujuk kepada maklumat nama-nama di atas, adalah dengan ini mereka yang tersebut di atas telah secara automatik dianggap sebagai ahli yang tidak aktif lagi dengan PSGFM.
Senarai nama lain pula akan dikemaskini oleh AJK/Setiausaha PSGFM termasuk senarai gelanggang yang dikendalikan oleh Jurulatih/Guru baru menggantikan jurulatih yang telah tidak bersama lagi dengan PSGFM. Sebabnya mudah iaitu “TIDAK DAFTAR SEMULA PSGFM 2013″. Tiada alasan dan dalih jika anda ingin bekerja memajukan SILAT atau bersama Pertubuhan ini.
Rekod keahlian yang lalu sememangnya perlu di”update” apatah lagi PSGFM kini telah didaftar semula di R.O.S. maka dengan secara tidak langsung langkah ini perlu dilakukan agar menyusun semula nama ahli, gelanggang, jurulatih dan sebagainya akan rekod file PSGFM dikemaskini semula dan terkini.
Seperti yang telah saya / ajk PSGFM maklumkan beberapa bulan yang lalu, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kini di daftarkan secara “PUSAT” dan tiada “CAWANGAN-CAWANGAN NEGERI”. Oleh yang demikian suka saya ingatkan, adalah menjadi kesalahan juga mengelirukan masyarakat jika anda mengatakan wujud lagi gelanggang negeri sedangkan kini PSGFM hanya ada satu pentadbiran berpusat. AJK PSGFM juga sedemikian, dikendalikan oleh mereka dari kalangan yang telah dipilih dalam mesyuarat, berkelayakan, profesional dan mampu menggerakkan PSGFM ke arah yang lebih maju.
Demikian juga tanggungjawab kita menyusun dan mengenal pasti masalah gelanggang di luar negara seperti Peranchis, Austria, New Calidonia dan beberapa lagi agar penyusunan gelanggang PSGFM teratur dan mengikut terma dan syarat.
Kerja silat yang betul dan mengikut terma dan syarat adalah antaranya berkait rapat dengan PENDAFTARAN KEAHLIAN PSGFM. Tanpa ia anda BUKAN AHLI PSGFM.
Sekian.
Tuan Guru Aminuddin Bin Haji Anuar (Guru Utama PSGFM).