Silat Asas Kemahiran dan Ikhtiar Hidup

Silat Asas Kemahiran dan Ikhtiar Hidup

Oleh : Guru Aminuddin

Tarikh : 29 Julai 2009

Salam hormat kepada semua pelajar silat Gayung Fatani di seluruh dunia. Wah kenapa sebut ‘seluruh dunia’ nie…? Ya kalau boleh kita nak ‘World’ sebutan silat ni supaya selalu dan lekat dihati. Masalah silat ni tak akan habis sampai bila-bila jika hari dan fikiran kita setiap hari berfikir untuk memajukan silat.

Ya, saya pulang pun tak sampai seminggu rasanya umpama sehari sahaja. Selesaikan segala urusan keluarga ‘Tahlil Arwah Abah ke-100 hari’. Syukur Alhamdulillah saya ucapkan kepada yang hadir dan sudi menjayakan tahlil arwah dengan dua kali acara tahlil di adakan memandangkan jumlah ahli yang hadir pada malam itu amat ramai. Terima kasih kepada semua.

Masihkah anda menghadiri kelas silat? Bagaimana para pelajar, baik dewasa atau siapa sahaja yang mengamalkan silat..adakah anda masih rajin berlatih? Ya, saya rasa anda santiasa mengikuti ‘petua’ guru-guru anda berikan. Silat merupakan satu cabang riadah yang sangat unik. Ianya meliputi amalan jasmani dan rohani. Eh..nie macam biasa dan selalu dengar..la buat apa guru amin dok ulang cerita lama ni…hahaha perkara macam ni memang saya suka ulang lagi dan lagi…macam saya belajar dengan arwah abah saya memang kena ulang lagi dan lagi hari-hari telinga ni akan dengar ucapan ini selalu hari-hari..kalau lah anda boring dengar celoteh ini hari-hari..maknanya anda memang telinga kuali! Ya berlatih lah hari-hari!!! Janganlah malas!!!

Berapa jam tu ya..? kalau di kelas latihan tentu tidak kurang 2 jam..tapi perlu tambah latihan anda untuk 6 jam lagi. Baru come best!!!

Silat ini untuk adik-adik para pelajar sekalian,

ianya adalah asas kepada kemahiran dan ikhtiar hidup yang paling penting. Memanglah tujuan silat ni mengasah kemahiran kepahlawanan iaitu Silat. Tapi sedar tidak pelajar semua kerana dari asas latihan tapak-tapak silat itu mengajar kita kesabaran dan kecekalan. Disiplin ini tidak ada diajar di kelas atau bilik darjah anda dan apa tah lagi jika bukan dari lidah guru silat.

Setiap pelajar yang belajar silat akan mengalammi sendiri secara peribadi perubahan sikap, amalan hidup, tingkah laku dan sebagainya setelah belajar silat. Saya tidak ada kuasa nak singgung perguruan lain, cukup hanya nukilan ini dalam kelompok ahli gayung fatani sahaja.

Apa yang saya utamakan dalam mengatakan silat itu mengajar kita kemahiran dan ikhtiar hidup..? nak rungkai memang banyak..saya bagi sepuluh contoh;

1. Kesederhanaan

2. Kesabaran

3. Ikhtiar dalam tindakan

4. Mencuba dan ulang berulang kali

5. Buang sifat malas dan bakhil

6. Buat

7. Buang hal Nagatif

8. Ambil sikap Positif

9. Setia kawan

10. LAGI!!!

Saya menyatakan ini sekilas lalu kerana rasanya untuk diri saya juga. Tapi saya juga rasa patut dikongsikan sesama kita ahli semua. Saya tidak lah terasa hati kepada rakan-rakan tidak sangat peduli kepada kehadiran saya dalam tujuan saya untuk mengambil tahu hal yang anda buat. Cuma saya perlu rasa peduli. Kenapa? Saya anak arwah Guru Utama PSGFM. Hak saya untuk perlu ambil peduli kegiatan dan semua aktiviti di seluruh Malaysia dan Antarabangsa. Saya juga perlu mendekati ahli-ahli dari akar umbi sehingga pucuk pimpinan PSGFM. Janganlah anda lari dari saya..nanti takut PSGFM lari dari anda!!.

Sokongan dan dokongan kuat yang padu dari akar umbi amat penting dalam menilai sejauh mana iltizam dan kehendak ahli untuk kita di peringkat pimpinan ini mampu membawa dan menggalas tugas yang di amanahkan. Pada saya ini penting. Tak kan ahli tidak diutamakan sedangkan jawatan kita mahu dan pertahankan. Pandangan ahli dari akar umbi perlu kita dengari dan bukan kita pagari. Memang saya tidak juga mahu kata harapan pimpinan atasan itu terus terusan disinggah sana tanpa pengganti tapi setiap yang lama perlu diganti. Hukum karma la..kata Wings!..hehe maaf saya suka bergurau.

Tindakan saya kini akan sentiasa mengarah atau navigate ke suatu arah yang sedia terpandu oleh harapan dan istiqamah dari arwah Guru Utama. Saya tidak akan menyimpang. Apa tugasan mudah tetapi berat itu..? saya suka tulis dalam bentuk point;

1. Jual buku ‘Silat’

2. Acara Silat Melayu sebagai agenda program Pertandingan Silat di Malaysia atau kalau boleh hingga peringkat antarabangsa.

3. Kesatuan Sesama Ahli PSGFM

Memangnya hal jual buku itu adalah paling utama. Anda telah miliki buku itu? Jika sudah Tahniah..jika belum, beli satu sekarang!! Buku Silat ini akan saya pastikan seluruh ahli di negeri Selangor setiap seorang memiliki satu naskah. Saya ingin katakan buku ini sebagai buku asas silat bagi ahli yang baru masuk silat PSGFM. Adakah arwah Guru Utama tulis buku ini hanya kerana melengkapkan karya gayung fatani..? jawapan terpulang kepada diri anda.

Biar pun jauh jarak..ianya bukan tanda saya lari dari tanggungjawab. Saya telah berkorban masa, tenaga, ringgit pendapatan dari ahli-ahli yang belajar dengan saya, pertandingan..masa yang amat lama diperuntukkan, kalungan emas ‘juara’ bertanding pun tidak langsung dihirau oleh sesiapa, tapi kini masa untuk saya merajui dan bersama ahli-ahli semua merialisasi dan memartabatkan maruah PSGFM.

Salam, berjumpa lagi.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com