Silat European Tour 2014 : Day 1

 

Banner Silat European Tour 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 telah bermula pada hari ini.

Para delegasi dari PSGFM akan memulakan perjalanan yang jauh ini dengan doa dan tawakkal kepada Allah… semoga segala usaha dan ikhtiar dalam memertabatkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa mendapat keredaan-Nya.

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari pertama ini:

12.00 tengah hari : Latihan pusat fasa 3 yang diadakan selama tiga hari bermula pada 9 Oktober 2014 tamat pada 11 Oktober, 3 petang. Para peserta dikehendaki bersiap dan mengemas barang-barang yang perlu dibawa ke Poland. Para delegasi membuat persiapan terakhir semenjak jam 8 pagi lagi sebelum bertolak ke lapangan terbang pada sebelah petang.

3.00 petang: Makan tengah hari di Homestay Shah Alam dan solat berjemaah bersama.

5.00 petang: Van tiba di Homestay Shah Alam (lokasi latihan pusat fasa 3) pada pukul 5 petang. Kira-kira sejam selepas itu van bergerak membawa para peserta ke lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Hujan lebat sepanjang perjalanan ke KLIA.

8.00 malam: Apabila tiba di KLIA, para peserta terus check-in bagasi dan berehat sementara menanti waktu untuk berlepas.

silat di eropah

Guru Dr. Nizam bergambar bersama anak-anak beliau.

set2

Kami bersedia!

silat di harrords

Guru Shahiid berehat di cafe Harrods sementara menanti monorel ke tempat pelepasan pesawat.

11.oo malam: Tepat pukul 11.10 malam Boeing 777-200 berlepas ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Perancis untuk transit di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Poland.

silat malaysia

Bring it on!

 

Ikuti laporan hari pertama SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kedua SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari ketiga SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari keempat  SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kelima SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari keenam SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari ketujuh SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kelapan SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

Ikuti laporan hari kesembilan SILAT EUROPEAN TOUR 2014 di sini!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com