Silat European Tour 2014 : Day 2

silat european tour 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 telah bermula semalam.

Para delegasi dari PSGFM telah memulakan perjalanan yang jauh ini dengan doa dan tawakal kepada Allah.

Semoga segala usaha dan ikhtiar ini dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa mendapat keredaan-Nya.

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari kedua ini:

(Waktu Eropah)

6.00 pagi: Tepat pukul 6.15 pagi waktu Perancis, para peserta selamat tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.

silat paris airport

Para delegasi Malaysia tiba di lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris.

8.00 pagi: Waktu transit selama 9 jam 25 minit dipenuhi dengan memenuhi undangan para pesilat Eropah ke bandar Paris (Menara Eiffel) yang terletak kira-kira 32 km dari lapangan terbang.

 

Para delegasi Malaysia berjalan-jalan di bandar Paris

Para delegasi Malaysia berjalan-jalan di bandar Paris

9.00 pagi: Perjalanan menaiki kereta api selama 40 minit tidaklah dirasakan begitu jauh setelah dapat melihat menara Eiffel dengan mata sendiri. Selepas beberapa sesi persmbahan silat, para delegasi bergambar bersama-sama rakyat Perancis dan Eropah yang melancung ke kawasan tersebut.

Dr Nizam bergambar di Sungai Seine

Tuan Guru Dr Nizam bergambar di Sungai Seine.

 

Guru Dr. Nizam bergambar di Manara Eiffel sebelum melihat persembahan silat para delegasi Malaysia di kawasan tersebut.

Guru Dr. Nizam bergambar di Manara Eiffel sebelum melihat persembahan silat oleh para delegasi Malaysia di kawasan tersebut.

 

Para delegasi Malaysia bergambar selepas membuat persembahan silat.

Para delegasi Malaysia bergambar selepas membuat persembahan silat.

12.30 tengah hari: Para delegasi menaiki kereta api untuk ke lapangan terbang semula memandangkan tiket seterusnya ke Poland adalah pada pukul 3.40 petang.

3.30 petang: Para delegasi kini berada di dalam pesawat Airbus A319 untuk berlepas ke Warsaw iaitu ibu negara Poland.

paris

Pesawat yang akan dinaiki oleh delegasi silat Malaysia ke Warsaw, Poland.

6.00 petang: Dua jam 15 minit kemudian, para delegasi silat selamat mendarat di Lapangan Terbang Federic Chopin, Warsaw pada pukul 6.00 petang.

Peta Poland.

Peta Poland.

6.30 petang: Para delegasi dijemput oleh Chauffeur (limosin) yang sedia menanti semenjak jam 5.30 petang. Lokasi berikutnya adalah Hotel Hilton Garden Inn yang terletak 350km dari Bandar Warsaw.

Mercedes S350 kenderaan rasmi PSGFM di Poland.

Mercedes S350 kenderaan rasmi PSGFM di Poland.

warsaw airport  Chauffeur

Kenderaan rasmi PSGFM ke Rzeszow.

11.00 malam: Para delegasi selamat tiba di hotel dan diberi layanan VIP oleh pihak pengurusan hotel lima bintang (5 bintang) ini setelah melalui perjalanan yang jauh.

Welcome to Rzeszow to the Malaysian delegation.

Hotel Hilton menjadi tempat penginapan rasmi delegasi Silat Malaysia di Rzeszow 2014.

 

Kenderaan rasmi PSGFM di Poland.

Kenderaan rasmi PSGFM di Poland.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com