Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari keempat.
Para delegasi dari PSGFM kini telah berada di Rzeszow, Poland.
Semoga segala usaha mereka ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.
Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari keempat ini:
(Waktu Eropah)
10.00 pagi: Seawal jam 10 pagi semua peserta sudah berkumpul di perkarangan hotel untuk menaiki kereta ke World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts dan IMACSSS International Conference yang diadakan di UR Building D9 yang terletak di Aleksandra Zelwerowicza Street 4, Rzeszow yang terletak kira-kita lima belas minit daripada hotel.
10.30 am: Setelah sampai, peserta mendaftar di kaunter pendaftaran untuk mendapatkan tag nama dan beg kongres. Selesai pendaftaran, peserta terus ke luar dewan untuk menikmati sedikit sarapan pagi seterusnya meninjau tempat untuk pembentangan kertas kerja pada pukul 4 petang nanti.
11.00 pagi: Para peserta juga beramah mesra dengan beberapa Majlis Tertinggi Kongres ini yang terdiri daripada beberapa orang dari Poland, Portugal dan juga Turki.
2.00 petang: Selepas makan tengah hari, majlis pembukaan diadakan di dewan dan dimulakan dengan ucapan daripada beberapa ahli majlis tertinggi kongres.
4.00 petang: Tepat pukul 4 petang, semua peserta berkumpul di dewan 209 untuk pembentangan kertas kerja Silat Malaysia daripada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamad Shapie di hadapan Grandmaster dan ahli seni mempertahankan diri yang lain. Beberapa soalan turut diajukan kepada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam memandangkan Silat Malaysia pertama kali sampai di sana.
6.00 petang: Majlis tamat pada pukul 6 petang. Para delegasi Malaysia dibawa pemandu di restauran Muslim yang masyur di Rezszow iaitu Dara Kebab. Kebanyakan dari pekerja di sini amat ramah dan berkenalan dengan delegasi dari Malaysia. Kami dilayan selaku VIP di Dara Kebab.
8.00 malam: Para peserta persembahan silat pulang ke hotel untuk menjalani latihan terakhir sehingga lewat malam untuk persembahan pada hari esok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.