Silat European Tour 2014 : Day 8

banner Silat European Tour 2014

TERKINI!

arrow

TAHNIAH di atas KEJAYAAN Pasukan Silat MALAYSIA yang berjaya mendapat Piala Persembahan Terbaik di 3rd Martial Arts’ Gala (3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014)

Piala Kemenangan Pasukan Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Silat European Tour 2014 kini telah memasuki hari kelapan.

Malaysia telah memenangi Piala Persembahan Terbaik pada tahun 2014. Semoga segala usaha para pesilat Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t. dalam mengembangkan Seni Silat Malaysia ke persada antarabangsa.

guru dr nizam

Berikut adalah sinopsis ringkasan perjalanan hari kelapan ini:

(Waktu Eropah)

Penantian selama ini telah berakhir kelmarin. Para delagasi Malaysia telah meletak tanda aras di 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts apabila memperkenalkan seni mempertahankan diri SILAT dan mendapat sambutan yang positif. Ramai para pengkaji dan penyelidik amat berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan sehingga dipilih sebagai pemenang pada hari tersebut. Amat membanggakan apabila Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie terpilih dalam Hall of Fame 30 orang mahaguru terbaik dunia dalam persidangan kali ini.

Tahniah diucapkan juga kepada semua peserta yang bertungkus-lumus selama lebih tiga bulan yang lepas untuk berkorban masa, tenaga, wang ringgit dan keringat dalam memertabatkan Seni Silat Malaysia selaku seni mempertahankan diri terbaik di dunia. Semoga Allah memberi keredaan di atas segala usaha yang telah mereka berikan selama ini. Amin.

Para delegasi kini sudah berada di Warsaw dan akan pulang ke tanah air esok.

8.00 pagi: Para delegasi bangun pagi dengan bersemangat pada pagi 19 Oktober kerana mempunyai sehari sahaja lagi di Poland. Matlamat utama pada hari ini untuk melihat sejarah dan kebudayaan Warsaw ibu negara Poland. Bandar ini adalah bandar terbesar di Poland dan mempunyai kepadatan 1.7 juta penduduk dan boleh dihuni sehingga 2.67 juta penghuni dalam satu masa. Selepas bersarapan pagi para delegasi telah bersedia untuk ke bandar Warsaw.

Para delegasi Malaysia bersarapan pagi di Hotel Hamptons by Hilton di Warsaw.

9.00 pagi:  Pada pukul 9 pagi para delegasi sudah meninggalkan perkarangan hotel untuk bertemu dengan Ida (pelajar Malaysia) yang akan membawa melawat bandar Oldtown di Warsaw. Di sini para delegasi belajar budaya masyarakat yang berbeza memandangkan Warsaw adalah lebih membangun berbanding Rzeszow.

Bangunan-bangunan lama di Warsaw.

Bangunan bersejarah di Warsaw.

Tuan Guru Dr. Nizam bergambar di Oldtown Warsaw.

11.00 pagi: Para delegasi Malaysia bersiar-siar di sekitar Oldtown bersama Ida dan Atiqah (pelajar Malaysia di Rzeszow) sambilmembeli cenderahati untuk peminat-peminat Silat di Malaysia.

Para delegasi Malaysia bergambar di bandar Warsaw, Poland.

Salah satu tempat tumpuan pelancong di Warsaw.

1.30 tengah hari: Para delegasi Malaysia hanya bergerak dengan menaiki kereta api dan berjalan kaki untuk lebih menghayati suasana hidup penduduk Warsaw. Persembahan Silat secara solo juga turut diadakan secara spontan untuk memperkenalkan Silat Malaysia kepada masyarakat Eropah.

Persembahan Silat di Warsaw.

Persembahan Silat di Warsaw.

Para delegasi Malaysia bergambar di kediaman Perdana Menteri Poland.

Para delegasi Malaysia makan tengah hari di pasaraya terbesar di Warsaw.

Para delegasi Malaysia makan tengah hari di pasaraya terbesar di Warsaw.

7.00 petang: Para delegasi Malaysia kemudiannya menjamu makan malam di Amrit Kebab . Makan malam diakhiri dengan ucapan terima kasih kepada Ida dan Atiqah di atas bantuan yang diberikan oleh mereka sepanjang kami berada di Warsaw.

Makan malam di Amrit Kebab.

Makan malam di Amrit Kebab.

11.00 malam: Setelah seharian berjalan mengelilingi bandar Oldtown, para delegasi pulang ke hotel untuk berehat kerana awal pagi hari berikutnya sudah perlu bergerak ke lapangan terbang untuk pulang ke tanah air.

FATANI NUSA BAKTI!

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com