Mesyuarat Majlis Tertinggi Kali Kedua PSGFM 2016

Mesyuarat Majlis Tertinggi kali kedua PSGFM bagi tahun 2016 telah diadakan di Akademi Silat Malaysia, Seksyen 13, Shah Alam. Mesyuarat yang berlangsung ini dihadiri oleh ahli-ahli majlis tertinggi yang memberi komitmen yang luar biasa kerana diadakan sesudah majlis ujian kenaikan bengkung dijalankan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kegiatan silat di gelanggang-gelanggang yang aktif yang bakal diberi penganugerahan khas dalam majlis makan malam PSGFM yang akan diadakan tidak lama lagi. Di samping itu, mesyuarat membincangkan mengenai usahasama yang bakal dijalinkan dengan agensi swasta yang berminat menaja PSGFM.

Majlis doa selamat juga telah dijalankan dalam menyambut Ramadan yang akan tiba pada 6 Jun 2016.

 

MT PSGFM 2

psgfm


MT PSGFM

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com