Assalamualaikum,
Kajian silat melayu terus bertambah di dalam bidang sukan apabila kajian terkini Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bersama rakan-rakan beliau telah diterbitkan dalam journal ilmiah antarabangsa.
Kajian mengenai peringkat penggunaan dadah terhadap prestasi sukan dalam silat melayu telah dikenalpasti dan kepada para pembaca yang berminat boleh mendapatkannya di Laman Rasmi Kajian Silat Antarabangsa.
Selepas mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik dan sukan, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam kini berkongsi pengetahuan ilmu persilatan beliau dengan para pengkaji yang lain dalam meluaskan lagi skop bidang penyelidikan berkaitan dengan silat.
Antara bidang-bidang yang telah diterokai oleh beliau bersama-sama penyelidik antarabangsa yang lain adalah:
- Performance Analysis dalam silat
- Kejurulatihan Sukan dalam silat
- Fisiologi Sukan dalam silat
- Latihan dan Kecergasan dalam sukan silat
- Inovasi sukan dan kurikulum sukan silat
- Perniagaan dan ekonomi dalam sukan silat
- Psikologi dalam sukan silat
Semangat, jati diri serta kewarganegaraan yang ditunjukkan oleh beliau harus dicontohi oleh para pesilat, jurulatih serta para pegawai sukan yang lain dalam mengembangkan seni budaya bangsa Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Beliau yang merupakan anak didik Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN kerap berpesan kepada para pesilat supaya melihat perspektif dunia persilatan dalam skop yang besar, bukan hanya sekadar berlatih, melatih dan bertanding.
Menurut beliau lagi, kejayaan yang diperolehnya adalah usaha bersama dilakukan bersama Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab, Tuan Guru Aminuddin Anuar dan rakan-rakan dalam PCS dalam memertabatkan silat ke lebih tinggi lagi.
Semoga kita semua berusaha dengan kuat untuk memajukan PSGFM selaku peneraju Silat Melayu versi Malaysia di peringkat dunia.
‘SILAT UNTUK SEMUA’
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.