Kajian Silat Bertaraf Dunia

Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Sukacita dimaklumkan bahawa kajian sains sukan Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamad Shapie kini telah diterbitkan sebagai kajian ilmiah di peringkat antarabangsa. Kajian bertajuk Activity profile during action time in national silat competition di dalam bidang Performance Analysis ini akan memberi maklumat berguna kepada para jurulatih silat mengenai kaedah-kaedah menilai prestasi atlit silat olahraga semasa pertandingan. Makluman yang diperolehi semasa pertandingan akan membolehkan para jurulatih  memperbaiki kaedah latihan atlit silat olahraga di samping menilai skor markah ketika pertaningan dijalankan.

Kajian Silat bertaraf dunia ini diharapkan boleh membantu para pesilat, jurulatih serta penilai pertandingan meningkatkan lagi mutu sukan silat olahraga di Malaysia. Kegagalan para jurulatih menilai dan menganalisis persembahan atlit semasa pertandingan akan mengakibatkan mutu persembahan atlit tidak berubah dari masa ke semasa.

kajian silat sains sukan

Beliau yang juga pensyarah kanan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam berpendapat bahawa kajian ini dapat memberi semangat dan inspirasi kepada para pelajar yang berminat untuk melakukan kajian dalam bidang ini. Sumbangan beliau ini amat besar nilainya kepada bangsa dan agama dalam memertabatkan silat sebagai beladiri utama Malaysia.

Harap maklum.

seni_gayung_fatani

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com