Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan

silat tempur

Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi & Kelab Silat Universiti Malaya akan menganjurkan Kejohanan Silat Tempur Piala Jemputan Peringkat Kebangsaan pada 11-13 April 2014.

Program ini adalah kesinambungan kepada program yang telah dianjurkan pada siri Silat Tempur 2013 di http://senigayungfatani.com/perguruan/news/seminar-bengkel-silat-tempur-2013/

Kepada yang berminat silat hubungi 019-3244038.

Harap Maklum.

Apa itu Silat Tempur?

Pertandingan Silat Tempur diamalkan oleh pesilat Tahap Dasar iaitu Peringkat Anak Gelanggang dan Pesilat Remaja Seni Silat Malaysia.

Kajian secara akademik telah dilakukan oleh Pakar Silat Dunia iaitu Tuan Guru Dr Mohammad Nizam Bin Mohammad Shapie bagi dalam menambah baik mutu permainan silat olahraga yang dipertandingkan.

Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai dan berlapis dalam ruang gelanggang yang lebih luas.

Oleh itu pertarungan Silat Tempur hanya menggunakan asas-asas serang bela di atas gelanggang berbentuk pelantar berukuran 2 meter x 9 meter. Bermakna serang dan sambut yang disertakan dengan serang balas dilakukan pada satu garisan lurus.

silat

View the original article here

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com