Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan)

silat tempur

Salam Sejahtera,

Kejayaan Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi menganjurkan pertandingan silat tempur pada bulan April yang lepas menjadi buah mulut para pesilat yang menyertai pertandingan tersebut. Kejohanan yang berlangsung di Universiti Malaya, Kuala Lumpur tersebut telah mendapat sambutan melebihi 70 orang peserta yang bertanding.

Kini Kejohanan Silat Tempur (Zon Selatan) bakal berlangsung pada 22-24 Ogos 2014 di UiTM Seremban 3, Negeri Sembilan. Kepada semua pesilat yang bertanding sila hubungi jurulatih kelab masing-masing untuk maklumat lanjut.

=> Untuk membaca mengenai Silat Tempur sila klik di sini.

=> Untuk membaca mengenai penganjuran acara ini di Universiti Malaya, Kuala Lumpur silat klik di sini.

Kejohanan kali ini juga bakal mendapat sambutan luar biasa kerana bakal berlangsung di UITM Seremban 3, Negeri Sembilan. Kampus ini adalah kampus baru UITM yang  baru dibuka pada bulan Mac 2014 lepas. Kampus ini mempunyai 3 fakulti iaitu Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Fakulti Sains Polisi dan Fakulti Sains Komputer.

Warga UITM Seremban 3 bakal menyaksikan pertarungan hebat para pesilat dari Kuala Lumpur, Putrajaya, Kajang, Bandar Baru Bangi, Lembah Pantai, Cheras, Nilai, Gemas, Cyberjaya, Johor Bahru dan lain-lain. Diharapkan para peserta yang telah menyertai pertandingan yang lalu dapat bersama-sama hadir untuk memeriahkan pertandingan kali ini.

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Hazim 019-220 8511 atau Mustafa 018 393 6012 mengenai kejohanan tersebut.

 

Silat Tempur

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com