Research Innovation Symposium & Exposition (RISE) 2015 for Humanity telah berlangsung pada 15 – 16 November 2015 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor.
Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah menyertai ekspo melalui dua penyertaan iaitu:
- SILAT TEMPUR – Model Sukan Silat Kanak-kanak.
- Virtual Silat – Web Based Coaching Services.
Percubaan sulung beliau ini telah membuahkan hasil apabila produk Silat For Beginners beliau di bawah tajuk Virtual Silat – Web Based Coaching Services telah berjaya memenangi pingat EMAS daripada 73 penyertaan antarabangsa. Manakala produk beliau yang mendapat perhatian daripada pihak Majlis Sukan Negara dan Kementerian Belia dan Sukan iaitu SILAT TEMPUR – Model Sukan Silat Kanak-kanak telah memenangi pingat GANGSA.
Pihak juri yang terdiri daripada pihak akademik dan industri amat berpuas hati dengan produk beliau dan memberikan tanda TERBAIK/BAGUS di atas kejayaan beliau ini.
Majlis Penyampian Hadiah telah dilakukan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah dan Pemangku Naib Canselor UiTM, Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar.
Tahniah kepada Dr Nizam!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.