Seminar Bersama ROS

Pada awal Mac 2015 pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia telah dijemput oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk menghadiri satu seminar yang bertajuk ‘Reverence of Sharing’ di Shah Alam. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Pengarah ROS Selangor.

ros malaysia

Para delegasi PSGFM bersama Ketua Pengarah ROS dan Pengarah ROS Selangor.

Seminar ini menjelaskan tentang modus operandi pertubuhan-pertubuhan haram yang tidak berdaftar dan memberi banyak masalah kepada pihak kerajaan. Gambar di atas adalah merupakan gambar wakil PSGFM bersama Ketua Pengarah ROS dan Pengarah ROS Selangor yang menunjukkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua pihak. Program ini dapat mengukuhkan hubungan di antara PSGFM dan pihak ROS yang telah sedia terjalin sebelum ini.

Seminar ini juga dihadiri oleh pertubuhan-pertubuhan yang berdaftar dengan ROS yang menunjukkan komitmen yang baik menerusi tadbir urus pertubuhan yang telus.

Semoga hubungan baik PSGFM dan ROS ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com