Silat European Tour 2014 : Latihan Pusat Fasa 1

Duta Silat European Tour 2014.

Duta Silat European Tour 2014.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-Nya para peserta Silat European Tour 2014 telah berjaya menamatkan latihan fasa 1 yang berlangsung dengan jayanya di Intekma Resort & Convention Centre pada 19 – 21 September 2014.

Para peserta terpilih telah berpeluang berlatih dengan Pakar Persembahan Silat Malaysia iaitu Tuan Guru Utama, Guru Aminuddin Hj Anuar yang telah didatangkan khas oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie bagi membentuk satu pasukan persembahan yang mantap semasa di Eropah kelak.

solo silat

Solo Silat daripada Amir.

mentoring in silat

Guru Utama sedang menunjukkan teknik silat.

silat in rzeszow

Bandar Rzeszow, Poland

guru utama psgfm

Penerangan oleh Guru Utama PSGFM

kuncian silat psgfm

Kaedah Kuncian Silat

bersilat

Kaedah Tangkapan Silat

Walaupun kekok dengan pergerakan yang ditunjukkan oleh Guru Aminuddin, para peserta bersungguh-sungguh melaksanakan segala tugas dan amanah yang diberikan semasa sesi latihan. Para peserta telah diberikan segala tips dan pengetahuan asas untuk membuat persembahan semasa berada di Eropah.

Di antara peserta yang akan mengambil bahagian adalah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan Negeri Sembilan. Kelihatan Cikgu Safwan diamanahkan selaku kapten pasukan persembahan yang bakal berlangsung pada 16 Oktober di Rzeszow, Poland.

Pemilihan para peserta kini tinggal beberapa minggu lagi. Seramai 12 orang telah disenarai pendek daripada 50 pesilat yang berminat menyertai rombongan ini. Hanya 6 orang pesilat sahaja yang bakal ke Eropah pada 10-21 Oktober 2014 nanti.

Taklimat silat

Sesi bersama Guru Utama PSGFM.

kaedah silat.

Guru Utama PSGFM menunjukkan kaedah mudah kepada para peserta.

Usaha yang bakal dilakukan ini adalah satu tanggungjawab yang berat kepada para peserta ini kerana baru pertama kali ditugaskan untuk melakukan persembahan di luar negara. Bersama-sama kita berdoa agar pasukan yang dibentuk ini dapat mengalas tugas selaku duta negara Malaysia tercinta dalam mengharumkan Silat Malaysia di persada antarabangsa. Malaysia BOLEH!

Pesilat Malaysia ke Poland.

Pesilat Malaysia ke Poland.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com