Silat European Tour 2014 : Latihan Pusat Fasa 2

Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita bersama-sama menjalani Latihan Pusat Fasa 2 untuk program Silat European Tour 2014 yang bakal berlangsung pada 10-21 Oktober 2014 nanti. Latihan kali ini adalah kesinambungan daripada latihan fasa 1 yang berlangsung minggu lepas.

latihan pusat silat fasa 2

Program ini telah dijalankan pada 26-28 Oktober 2014 di Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Para peserta terpilih telah pun menunjukkan komitmen yang baik untuk bersama-sama Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie membuat pembentangan sains sukan (silat olahraga), mengendalikan bengkel dan membuat persembahan Silat Melayu di Rzeszow, Poland.

 

Walau bagaimanapun, pemilihan terakhir peserta yang bakal ke Poland akan diumumkan 2 minggu sebelum berlepas ke Eropah. Para peserta dinasihatkan untuk memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memastikan anda terpilih ke Eropah.

 

Latihan Fasa 3 akan berlangsung di Teratak Pendekar PSGFM Official di No. 2, Jalan Akuatik 13/66
D’kayangan, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

 

Majulahlah sukan untuk Malaysia!

silat european tour 2014

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com