Silat European Tour : Day 4

8.00 pagi:

Hari keempat adalah hari yang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat silat di tanah air.

Kongres Seni Mempertahankan Diri Dunia berlangsung di Rio Maior, Portugal.

Tuan Guru Dr. Prof. Mahamad Nizam Mohamed Shapie membawa nama negara dalam memertabatkan silat ke peringkat antarabangsa dengan pembentangan dan penerangan mengenai Silat Malaysia.

Beliau akan membentangkan tajuk Silat: The curriculum of Seni Silat Malaysia

Penerangan yang amat penting dalam membezakan antara Silat Melayu dan Pencak Silat.

Selaku pembentang rasmi ilmu seni mempertahankan diri Silat, Tuan Guru membawa tugas yang amat berat dalam membentangkan tajuk ini di hadapan pakar-pakar beladiri dari seluruh dunia.

 

 

 

 

 

 

 

5 .00 petang:

TG Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah berjaya membentangkan kertas kerja beliau dan mendapat tupukan gemuruh pada sessi penerangan sebentar tadi.

Satu hasil kajian yang berjaya membuka mata pakar-pakar beladiri dunia mengenai kehebatan seni silat Malaysia.

Melalui kurikulum silat pertama di dunia yang berjaya dicipta oleh Allahyarham TG Hj. Anuar Abdul Wahab AMN.

Kurikulum silat yang mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia dan dipraktikkan di selurh sekolah dan gelanggang-gelanggang silat tanah air.

Perbandingan di antara Silat Melayu dan Pencak Silat yang membuka mata para peminat beladiri.

Di mana falsafah silat mendidik para penyerang berbanding beladiri lain yang bertujuan menghancurkan lawan serta merta.

Usaha Tuan Guru ini amat disanjung tinggi oleh PSGFM.

 

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com