Hari Ini Dalam Sejarah PSGFM

Hari ini Dalam Sejarah PSGFM

Acara : Khemah Ibadah & Kursus Pengenalan Seni Silat Malaysia

Tempat: Pusat Cemerlang Silat, Kajang

Tarikh: 29 – 31 Oktober 2004

Pensyarah: Guru Nizam, Guru Shahiid

Pembantu Pensyarah: BrotherIzzat Jusuh & Brother Safwan Abu Hassan

Tetamu VIP : Tuan Guru Hj. Anuar Abdul Wahab AMN

Tetamu Undangan: Wardina Safiyah & Suami (Ikhwan Johari)

Khemah Ibadah

Pertubuhan Seni Gayung Fatani bukan sekadar sebuah institusi yang melaksanakan pengajaran dan pembelajaran silat berdasarkan Kurikulum Silat atau Seni Silat Malaysia, tetapi  mengarah kepada cara hidup sihat, iaitu sihat pada zahir dan batin kerana silat merupakan pelajaran atau kegiatan yang menggunakan kemahiran pergerakan secara zahir dan batin yang menyentuh jasmani, rohani, intelek dan emosi.

Dalam usaha membantu pihak kerajaan menangani masalah-masalah budaya kuning dan liar, PCS & PSGFM telah menganjurkan acara Khemah Ibadah & Kursus Pengenalan Seni Silat Malaysia pada 29 – 31 Oktober 2004 yang dianjurkan pada bulan Ramadhan 1425H. Program ini melibatkan para pelajar sekolah dari Putrajaya, Kuala Lumpur, Bandar Baru Bangi, Kajang dan Cyberjaya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Asas Seni Silat Malaysia, Program Qiamulail, Solat Berjemaah, Tadarus Al-Quran, Gotong Royong & LDK. Para peserta menerima kejutan dengan kehadiran selebriti terkenal Wardina Safiyah dalam program berkenaan. Program diserikan lagi dengan kehadiran Guru Utama PSGFM, Tuan Hj. Anuar Abdul Wahab AMN yang memberi sokongan dan penghargaan di atas program yang dianjurkan PCS, Kajang.

Khemah Ibadah 2004 PSGFM

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com