Pengumuman Rasmi (Peringatan Terakhir):
PERLANJUTAN TEMPOH PENDAFTARAN KEAHLIAN PSGFM 2013
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
Diminta semua ahli lama PSGFM dari tahun 1976 sehingga 2012, untuk mendaftar semula keahlian.
Pendaftaran semula ini adalah berikutan PSGFM telah berdaftar semula di bawah Jabatan Pendaftaran Negara yang dahulunya di bawah kelolaan Pesuruhjaya Sukan Malaysia ( 1997 – 2012 ).
Pendaftaran ahli boleh dibuat dengan melayari http://senigayungfatani.com/borangkeahlianpsgfm.pdf sebelum 31 Mei 2013.
Yuran Ahli adalah RM 25 ( setahun ), dan bayaran boleh dibuat kepada akaun RHB Bank bernombor : 2-62513-0000098-5 (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia).
Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke email : admin@senigayungfatani.com
Notis ini adalah merupakan peringatan TERAKHIR bagi semua ahli agar mendaftarkan diri semula bersama PSGFM. Sekiranya ada di antara ahli yang ingkar, maka pihak PSGFM tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap sebarang perkara yang tidak diingini atau yang menyalahi peraturan pertubuhan serta undang – undang negara.
Sekian, terima kasih.
‘FATANI NUSA BAKTI’
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.