PSGFM di Anugerah Sukan Negara 2016

Pihak PSGFM telah menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara 2016 yang diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung PSGFM, Tuan Guru Mohd Shahiid Elias telah menjadi tetamu terhormat di majlis makan malam kerana telah mendapat tempat jemputan bersebelahan dengan tetamu kehormat program tersebut iaitu YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA BELAS, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Segala usaha yang dilakukan selama ini diiktiraf oleh pihak kementerian dengan pelbagai aktiviti dilakukan pada tahun 2016. Melalui Akademi Silat Malaysia, PSGFM telah berjaya mengangkat imej Silat Melayu ke peringkat antarabangsa.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah sukan Silat Olahraga, Silat Seni dan Silat Tempur.

 

 

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com