PSGFM di Universiti Teknologi MARA

SHOWsilat_UITM_ShahAlam

Para pesilat daripada Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia [PSGFM] telah dijemput oleh Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSSR) untuk membuat persembahan silat melayu tradisi di hadapan tetamu terhormat Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA, TAN SRI DATO’ SRI PROF. IR. DR. SAHOL HAMID BIN ABU BAKAR berserta isteri dan juga Dekan FSSR, Professor Madya Dr. Mohd Hanafiah Bin Abidin. Persembahan ini dilakukan sempena sambutan majlis SUA RAYA peringkat UiTM, Shah Alam pada 23 Ogos 2013.

Para peserta yang terlibat adalah:

1. Cikgu Nur Fiqah Mohd Qari (Pengurus Acara)

2. Muhaammad Haziq bin Omar (Pesilat dari SMK Bandar Baru Bangi)

3. Uzair bin Amir Zakri (Pesilat dari SMK Bandar Baru Bangi)

4. Cikgu Safwan Abu Hassan (Jurulatih peserta persembahan)

Persembahan ini mendapat pujian dan perhatian tetamu VIP dan para pengunjung ke program tersebut. Pakar Silat PSGFM, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie juga hadir dalam melihat persembahan tersebut. Sehubungan itu, pihak pengurusan PSGFM mengucapkan ucapan tahniah kepada semua pesilat dan jurulatih yang terlibat dalam menjayakan program ini. Komitmen anda amat dihargai oleh semua ahli keluarga PSGFM.

– FATANI NUSA BAKTI –

showsilat_uitm

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com