Salam Aidilfitri 1435H

 

Silat Tempur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pihak jawatankuasa pusat dan ahli majlis tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli pertubuhan, jurulatih PSGFM dan seluruh pejuang dan peminat silat beragama Islam di seluruh dunia.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita banyak ruang pengajaran dalam menjalankan ibadah kepada Allah swt dengan penuh ikhlas dan istiqamah. Semoga kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan rezeki yang dikurnia-Nya kepada kita dalam mentaati segala perintah Allah swt.

Berhati-hati semasa memandu pulang ke kampung halaman. Dalam bergembira, utamakanlah keselamatan dan kesejahteraan kita dan orang lain.

Kami memohon kemaafan di atas apa juga kesilapan, kesalahan dan keterlanjuran kepada semua.

Maaf Zahir & Batin.

Dengar beduk berbunyi
Sayup bergema di subuh sunyi
Memanggil kepada muslimin
Segera berbakti kepada Illahi

Suara azan menyahut
Terdengar sayup memecah sunyi
Memohon restu dengan bakti
Kepada Illahi Tuhan Maha Suci

(Sumber: Lirik Suara Takbir)

 

 

The PSGFM Logo

Ikhlas,

Tuan Guru Mohd Shahiid Elias,
Setiausaha Agung,
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.

About PEMEGANG AMANAH PSGFM

Pemegang Amanah PSGFM is a trustee entrusted by the Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN to develop silat all around the world. You can check out more about this at http://www.kurikulumsilat.com