Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Pihak Majlis Tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia [PSGFM] ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada: Seluruh ahli keluarga silat PSGFM termasuk para pesilat, para jurulatih, guru-guru, pengkaji dan peminat Silat tanah air.
Semoga Hari Raya kali ini memberikan keberkatan kepada kita untuk terus istiqamah meneruskan perjuangan hidup selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan yang lepas. Diharapakan Ramadan yang lalu telah memberikan kita pengajaran dan pengharapan dalam mendaulatkan syiar Islam tidak kira di mana juga kita berada khasnya di bumi bertuah dan berdaulat Malaysia ini.
Akhir kata, Maaf Zahir dan Batin. 1434 H.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.