Assalamualaikum dan Salam Sejahtara,
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua ahli, jurulatih dan para peminat silat yang sentiasa mengikuti perkembangan kami selaku sebuah pertubuhan yang memperjuangkan silat melayu asli tradisi di Malaysia. Sokongan semua pihak termasuklah Kerajaan Malaysia dalam memertabatkan Silat Melayu di Malaysia amat dihargai.
Di kesempatan ini marilah kita menghargai sumbangan para guru sebelum ini yang telah membangunkan silat melayu tanpa mengenal erti jemu termasuklah Pengasas PSGFM Allahyarham Tuan Guru Hj. Anuar Abdul Wahab AMN. Tanpa sumbangan mereka kesinambungan silat pasti tidak dapat diwarisi oleh golongan pewaris pada hari ini.
Semoga tahun 2014 ini memberikan kita visi baru, misi baru, hidup baru, hari yang baru yang mana akan lebih baik daripada hari-hari yang lepas.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.