Syabas dan ucapan tahniah kepada ahli Majlis Tertinggi (MT) Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM ) iaitu GM Prof Madya Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang telah mendapat kepercayaan pihak UNESCO untuk menjadi Pengkaji Utama / Ketua Pengkaji 2021 WORLD MARTIAL ARTS IN-DEPTH RESEARCH.
Pemilihan beliau adalah daripada sokongan sepenuhnya oleh Ahli Lembaga Penasihat UNESCO – ICM (International Centre of Martial Arts for Youth Development under the auspices of UNESCO ) yang berpusat di Korea Selatan.
Bukan sahaja diiktiraf oleh pihak UNESCO tetapi beliau juga mendapat pembiayaan geran berjumlah RM165,900 untuk menjalankan projek tersebut.
Syabas dan Tahniah!
