Featured Image

CALON KETIGA – ANUGERAH PROGRAM SILAT TERBAIK ANTARABANGSA

Sebanyak 17 anugerah akan dipertandingkan pada ASK 2017. Calon ketiga yang bakal merebut Anugerah Program Silat Terbaik Antarabangsa adalah – Asia Sports Industry Awards 2015. Pengurus Acara adalah Tuan Guru Mohd Shahiid Elias dari Putrajaya. Ahli-ahli yang terlibat: Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie Dahlia Vehicle Nasru Syazwan Mohd Sofian Mohd Salehin Ramli Syabas diucapkan di… Read more »

Featured Image

CALON KEDUA – ANUGERAH PROGRAM SILAT TERBAIK ANTARABANGSA

Sebanyak 17 anugerah akan dipertandingkan pada ASK 2017. Calon kedua yang bakal merebut Anugerah Program Silat Terbaik Antarabangsa adalah Silat European Tour 2016. Pengurus Acara adalah Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dari Akademi Silat Malaysia, Shah Alam, Selangor. Ahli-ahli yang terlibat: Hazim Samsudin Mohd Shahiid Elias Syabas diucapkan di atas pencalonan ini.

Featured Image

CALON PERTAMA – ANUGERAH PROGRAM SILAT TERBAIK ANTARABANGSA

Sebanyak 17 anugerah akan dipertandingkan pada ASK 2017. Calon pertama yang bakal merebut Anugerah Program Silat Terbaik Antarabangsa adalah Silat European Tour 2014. Pengurus Acara adalah Cik Nur Azizah Aziz, 23 tahun dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ahli-ahli yang terlibat: M. Salehin Ramli Hazim Samsudin Mohamad Nizam Mohamed Shahiid Elias Mohd Shahiid Elias Shuhadah Saleh Mohd… Read more »

Featured Image

CALON ANUGERAH JURULATIH SILAT TERBAIK

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Safwan Abu Hassan yang telah dicalonkan sebagai Jurulatih Silat Terbaik Malaysia 2017. Mempunyai pengalaman bersilat sejak 2000, mula mengorak langkah dalam bidang kejurulatihan sejak tahun 2010. Selama hampir 8 tahun mencurahkan diri dalam bidang kejurulatihan sepenuh masa, beliau adalah ikon belia yang wajar mendapat pujian di atas segala khidmat yang diberikan… Read more »

Featured Image

Anugerah Silat Kebangsaan 2017

Malam Anugerah Silat Kebangsaan 2017 (ASK 2017), PSGFM akan berlangsung pada 15 Julai 2017 di Hotel Concorde, Shah Alam, Selangor. Pengumuman ini telah disahkan oleh Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar sebentar tadi. Tujuh belas anugerah akan diberikan kepada para penggerak Seni Silat Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan ini. Anugerah ini adalah satu pengiktirafan kepada para… Read more »

Featured Image

Inovasi Pembelajaran dalam Silat Melayu

Kejayaan Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dalam bidang inovasi silat telah membuka mata ramai pihak mengenai potensi Silat Melayu ke peringkat antarabangsa. Produk beliau iaitu Silat for Beginners telah berjaya dipasarkan serata dunia. Lebih manis lagi apabila beliau telah berjaya membawa pulang Pingat Emas di Research Innovation Symposium & Exposition (RISE) 2015 dan… Read more »

Featured Image

SILAT EUROPEAN TOUR

Kejayaan membawa Silat Melayu ke Eropah membuka mata ramai pihak dalam mengembangkan Silat Melayu ke peringkat antarabangsa. Ini dapat dilihat dengan liputan media sewaktu berkunjung di Eropah. Gambar diambil ketika pasukan Malaysia membuat persembahan di Paris, Perancis. Masyarakat Eropah kini telah bersedia dengan Sila Melayu. Silat Malaysia di Arena Antarabangsa Silat European Tour 2014 : Day… Read more »

Featured Image

Sejarah Silat Tempur

Gambar diambil pada tahun 2013.  Ini adalah Seminar dan Bengkel Silat Tempur Pertama peringkat Kebangsaan yang dijalankan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Seminar dan Bengkel Silat Tempur Kali Pertama ini dikendalikan oleh Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Pada 2016, sukan ini telah dibentangkan di persidangan Sains Sukan peringkat antarabangsa…. Read more »

Featured Image

Kenali Pengarang dan Penyusun Buku Silat

Buku Silat adalah merupakan karya yang dapat membuktikan penglibatan PSGFM dalam mendaulatkan Silat Melayu sebagai seni mempertahankan diri Malaysia. Umum amat maklum bahawa Silat Melayu berasal dari Malaysia manakala Pencak Silat berasal dari Indonesia. Maka perbezaan ini dikupas dengan lebih lanjut dalam buku silat ini. Penulis buku SILAT- WARISAN BANGSA MALAYSIA adalah: 1. Tuan Guru… Read more »

Featured Image

Sumbangan Tabung Silat Melayu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Sempena Ramadan yang mulia ini, PSGFM menggerakkan tabung pembangunan T40P iaitu satu usaha untuk menambah dana pengembangan Silat Melayu. Adalah diharapkan semua ahli dapat bersama-sama membantu mengerakkan kempen ini. T40P adalah usaha yang unik dimana setiap ahli masyarakat, korporat dan institusi swasta dan kerajaan boleh membantu menyokong pembangunan serta pengembangan pendidikan… Read more »

Featured Image

Kejayaan Pakar Silat

Gambar diambil ketika program “Ujian Kenaikan Bengkung 1000 Pesilat” yang melibatkan pesilat dari seluruh negeri Selangor. Program ini diadakan di Kajang, Selangor. “Tiada kejayaan tanpa usaha.” Ini adalah antara komitmen dan dedikasi Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dalam memastikan seluruh pesilat dari negeri Selangor mempunyai standard yang sekata dari segi pencapian dan prestasi… Read more »

Featured Image

Amanat Guru Utama PSGFM

  Salam Ramadan, Sempena pra-pelancaran buku SILAT-WARISAN BANGSA MALAYSIA, Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar memberikan amanat penting kepada semua berkenaan buku tersebut. Amanat rasmi beliau boleh diperolehi di https://www.facebook.com/1aminuddin/ Alhamdulillah, dimaklumkan ketika ini pihak SGF SB yang menjalankan urusan penghantaran buku tersebut terlalu sibuk dengan jumlah pesanan yang diterima sama ada secara WA, SMS mahupun… Read more »

Featured Image

Facebook PSGFM Mencecah 5000 Like

Tahniah PSGFM! Laman sesawang PSGFM di Facebook kini mencecah 5000 orang peminat / Likers. Ini menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada Silat Melayu. Pelbagai promosi, aktiviti dan soal-jawab dilakukan di laman tersebut. Diharapkan para pesilat, jurulatih dan pentadbir PSGFM dapat mengukuhkan lagi PSGFM selaku pengamal terbesar dan utama Kurikulum Seni Silat Malaysia. Syabas semua! #terbaiksilat #fblikers #psgfm

Featured Image

Pakar Silat Malaysia

Bengkel Silat Melayu diadakan di Persidangan Seni Mempertahankan Diri di Eropah. Kelihatan Tuan Guru Dr Prof Mohamad Nizam Mohamed Shapie sedang mengendalikan bengkel Silat Melayu dengan pakar beladiri Wusyu dan Kendo. Mereka sedang mengambil perhatian pelajaran Silat menggunkan Kurikulum Seni Silat Malaysia. Kehebatan Silat Melayu menarik perhatian mereka untuk mempelajari Seni Silat. Malaysia berbangga dengan… Read more »

Featured Image

Pre-Launch Buku Silat

Syabas PSGFM! Buku SILAT- Warisan Bangsa Malaysia kini di pasaran (pre-launch). Kepada yang berminat mendapatkan buku ini silat lewati laman Kurikulum Seni Silat Malaysia untuk mendapatkan harga promosi ini. Buku silat ini menunjukkan kesungguhan para penulis dalam memelihara hak warisan bangsa Malaysia iaitu Seni Silat daripada tercemar daripada seni beladiri asing khasnya PENCAK SILAT milik… Read more »

Featured Image

Salam Ramadan 1438H

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1438H kepada semua ahli PSGFM di seluruh Malaysia dan antarabangsa. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, di samping mengukuhkan lagi kerjasama silaturrahim dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu juga, berita baik… Read more »

Featured Image

Pertandingan Silat Tempur 2017

Masih ramai tidak mengetahui mengenai asas pertandingan silat tempr. Silat Tempur adalah merupakan satu pertandingan di antara dua pesilat yang cuba menampilkan kaedah silat yang dipelajarinya di gelanggang silat ke dalam pertandingan. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai… Read more »

Featured Image

Silat Tempur Peringkat Kebangsaan

Adakah anda bersedia untuk Silat Tempur 2017? Sudahkah anda mendaftar? Tahukah anda sejumlah RM20, 000.00 hadiah wang tunai dipertandingkan. Di manakah anda ketika kejohanan ini berlangsung pada tahun 2015? Pendaftaran kini terbuka kepada semua. Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Silat Tempur 2017 Maklumat lanjut mengenai Silat Tempur dan tatacara pertandingan boleh didapati di Tatacara… Read more »

Featured Image

Usaha Pakar Silat Malaysia di Hargai Kerajaan

Alhamdulilah, segala usaha yang dilakukan oleh Pakar Silat Malaysia telah membuahkan hasil apabila segala dedikasi dan pengorbanan beliau kini telah dihargai oleh pihak Kerajaan Malaysia. Gambar menunjukkan beliau melatih para juara di usia muda. Segala kerja keras ini telah dibalas apabila pihak Kerajaan Malaysia bersetuju mendokumentasikan segala usaha beliau dalam mengembangkan Silat Melayu dari peringkat… Read more »

Featured Image

Gambar diambil pada tahun 2009 di antara 2 jurulatih PSGFM di Gelanggang Pusat Cemerlang Silat di Bandar Baru Bangi. Latihan senjata hanya diberikan kepada para pesilat yang layak. Kelayakan ini boleh dilihat pada manual Seni Silat Malaysia. #jangantirudirumah #silatmelayu #tempursenjata

Featured Image

Inovasi Produk Silat Melayu

#kejayaansilat #psgfm #silatforbeginners #senisilatmalaysia Produk Silat telah memenangi Anugerah Gold di RISE 2015. Gambar menunjukkan TG Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie menerima hadiah daripada Timbalan Menteri Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah dan Pemangku Naib Canselor UiTM, Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar. Produk ini… Read more »

Featured Image

Silat Melayu di Portugis

Kejayaan Silat Melayu. 1511 adalah tahun kejatuhan Melaka. 2016 adalah tahun Silat Melayu dipentaskan di Portugis. Gambar menunjukkan Tuan Guru Dr Prof Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku panel silat di Persidangan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa. Pelbagai isu dijawab mengenai Silat Melayu dan peranannya dalam meningkatkan moral kehidupan, khasnya mengenai Transformasi pesilat menjadi seorang yang penuh… Read more »

Featured Image

Silat – Warisan Bangsa Malaysia

Buku terkini oleh Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar akan ke pasaran tida lama lagi. Diharapkan para peminat silat di Malaysia menanti dengan penuh sabar. Terdapat beberapa aspek menarik daripada buku ini:  Sejarah silat yang berkait rapat dengan ketamadunan bangsa Melayu Tokoh-tokoh silat tempatan Persoalan mengenai silat Melayu Persoalan mengenai Pencak Silat Banyak lagi… Read more »

Featured Image

Persembahan Silat di Paris

Pasukan Malaysia singgah ke Perancis untuk membuat persembahan Silat di Paris. Mereka terdiri daripada para pelajar Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia bersama-sama Pakar Silat Malaysia dan Pengurusan Tertinggi PSGFM. Kehebatan Seni Silat Melayu di akui ramai. Sukatan pelajaran Seni Silat Malaysia digunapakai dalam proses para peserta memahami erti dan maksud silat… Read more »

Featured Image

Kejayaan Silat Melayu

Gambar ini diambil di Rzeszow, Poland pada tahun 215 Pasukan PSGFM sedang menghadiri Persidangan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Antarabangsa. Mereka adalah para belia dari Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Mereka mencatat sejarah sebagai Pasukan Pertama membuat Persembahan Silat Melayu di Eropah yang membawakan seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Persembahan menguna-pakai Kurikulum… Read more »

Featured Image

Seni Silat Malaysia Tahap 1

#senisilatmalaysia #jomsilat #psgfm #kelassilatdrnizam Gambar menunjukkan kelas kanak-kanak yang berlangsung di sebuah surau di negeri Selangor. KAnak-kanak ini mendapat pendedahan awal mengenai aktiviti bersilat. Mereka didedahkan dengan Sukatan peringkat 1, Seni Silat Malaysia. Program ini sedang pesat bergerak di seluruh negeri Selangor. Tahniah kepada Jurulatih Safwan yang terlibat secara langsung dalam program ini.

Featured Image

Silat Tempur Semakin di Minati

Gambar menunjukkan para pesilat yang menjadi juara dalam kelas yang dipertandingkan pada kejohanan silat tempur peringkat kebangsaan Piala Aminuddin Anuar. Kejayaan penganjuran yang berjaya memberi peluang kepada para pesilat kanak-kanak yang berada dalam tahap1 dan tahap 2 dalam Sukatan pelajaran Seni Silat Malaysia untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam sukan tempur silat. #silattempur #pialaaminuddinanuar #senisilatmalaysia

Featured Image

PSGFM di Poland

Gambar ini diambil ketika upacara penutup di International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS), Rzeszow Poland, 2014. PSGFM selaku wakil tunggal Asia Tenggara telah menghantar satu pasukan yang berjaya memenangi persembahan terbaik di sana. Kelihatan para pesilat PSGFM berbaju hijau terang (tema PSGFM). Kejayaan ini membuka mata ramai pihak di Eropah mengenai kehebatan Kurikulum… Read more »

Featured Image

Bila Guru Menulis – Aminuddin Anuar

Terkini, beberapa perbincangan khusus berkenaan perguruan telah dibincangkan bersama Majlis Tertinggi (MT) PSGFM berkenaan penyusunan Dewan Perguruan dan Majlis Jurulatih. Diharap organisasi keguruan terus memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik demi pembangunan seni silat di Malaysia. Maklumat Lanjut Mengenai Penulisan Guru Utama PSGFM

Featured Image

PSGFM di Anugerah Sukan Negara 2016

Pihak PSGFM telah dijemput sebagai tetamu VIP di Anugerah Sukan Negara 2016 yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Pelbagai informasi telah berjaya dikongsi termasuklah mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada tahun 2016 khasnya sukan silat. Maklumat lanjut di PSGFM Tokoh Sukan 2016

Featured Image

Imbas Kembali Kejayaan PSGFM di Peringkat Dunia

PSGFM adalah satu-satunya pertubuhan seni mempertahankan diri mendapat pengiktirafan antarabangsa. Berikut adalah berita-berita kejayaan yang diperolehi PSGFM pada tahun 2014 di Sports Industry Awards, Makati, Filipina. Gayung Fatani di Manila – PressReader.com Gayung Fatani Terpilih – The Prawn Sandwich The Best of Gayung Fatani – Sports Industry Awards The Best Silat – Google Plus Fatani is… Read more »

Featured Image

Video PSGFM

Kepada semua ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang mencari video-video rasmi mengenai segala informasi terkini PSGFM yang berkaitan latihan, sukatan pelajaran, Kurikulum Silat Malaysia, Guru Utama PSGFM dan perkembangan dalam dan luar negara, boleh melawat laman web rasmi video silat di PSGFM.com Antara video-video yang mendapat sambutan adalah: Silat European Tour 2014 Video… Read more »

Featured Image

PSGFM – Kuala Lumpur

Kelab-kelab silat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menguna-pakai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang diketuai oleh Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Silat Malaysia peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Presiden, PSGFM Kuala Lumpur. Telah banyak aktiviti telah dilakukan semenjak tahun 2013. Kini kelab-kelab di Kuala Lumpur berpeluang menyertai… Read more »

Featured Image

PSGFM – Sabah

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kini bergerak aktif di negeri Sabah. Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan PSGFM di negeri di bawah bayu ini. Beliau merupakan Guru Utama PSGFM, Pengerusi Majlis Jurulatih PSGFM, Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah iaitu Yang Mulia Tuan Guru Utama Aminuddin bin Anuar…. Read more »

Featured Image

Tahniah Cikgu Fiqah Qari

Pihak PSGFM mengucapkan sekalung tahniah di atas perkahwinan Jurulatih Silat Wanita PSGFM, Cikgu Nur Fiqah Qari yang telah melangsungkan perkahwinan di Ampang, Selangor. Majlis yang berlangsung meriah ini diserikan lagi dengan persembahan silat sewaktu ketibaan pihak pengantin lelaki. Persembahan diketuai oleh Ketua Jurulatih PSGFM, Cikgu Safwan Abu Hassan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu…. Read more »

Featured Image

Bengkel Sains Sukan – Silat Olahraga

Bengkel Sains Sukan – Notational Analysis dalam Silat Olahraga telah berlangsung di Akademi Silat Malaysia. Bengkel ini telah dijalankan oleh Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan pakar notational analysis dalam Sukan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa. Banyak metadologi kajian beliau telah diguna-pakai oleh para penyelidik untuk menganalisa prestasi atlit sama ada semasa… Read more »

Featured Image

PSGFM – Sarawak

Kelab-kelab silat yang bernaung di bawah PSGFM di Sarawak kini telah beroperasi seperti biasa. PSGFM Negeri Sarawak kini diketuai oleh Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar yang akan hadir dari masa ke semasa dalam misi mengembangkan Seni Silat Malaysia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Usaha ini dibantu oleh Cik Afiza Lary yang uga merupakan Ahli Majlis… Read more »

Featured Image

Piala Aminuddin Anuar 2017

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dengan kerjasama Akademi Silat Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar 2017 di Shah Alam pada 15-16 Julai 2017. Dijangkakan hampir 500 peserta dari seluruh negara akan menyertai pertandingan ini kerana hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000.00 bakal diraih oleh para pesilat cilik di Malaysia. Piala sempena… Read more »

Featured Image

Akademi Silat Malaysia

Akademi Silat Malaysia adalah merupakan gelanggang utama dalam pengembangan Seni Silat Malaysia di seluruh dunia. Akademi ini menjadi pusat rujukan dunia apabila dikunjungi oleh ramai pesilat dalam dan luar negara. Kepada para peminat silat yang menetap di Shah Alam, anda berpeluang besar mewarisi ilmu seni mempertahankan diri Melayu yang asli ini. Kandungan pelajaran yang tidak… Read more »

Featured Image

Kelas Silat Semakin Berkembang Di Sabah

Kejayaan negeri Sabah dalam melahirkan ramai pesilat dalam tempoh 3 tahun ini menarik perhatian PSGFM untuk menyalurkan dana Silat Melayu ke negeri di bawah bayu ini. Perubahan dalam jumlah penyertaan ini adalah disebabkan oleh pengaruh Tuan Guru Aminuddin Anuar yang telah melahirkan ramai juara silat dan pelapis silat negeri Sabah. Selain itu juga, negeri Sabah… Read more »