Bengkel Sains Sukan PSGFM
BENGKEL SAINS SUKAN PSGFM BAKAL DIADAKAN PADA 14 MEI 2016 DI AKADEMI SILAT MALAYSIA, SEKSYEN 13, SHAH ALAM, SELANGOR HUBUNGI 010 – 309 2494 SEGERA UNTUK TEMPAHAN TEMPAT!
BENGKEL SAINS SUKAN PSGFM BAKAL DIADAKAN PADA 14 MEI 2016 DI AKADEMI SILAT MALAYSIA, SEKSYEN 13, SHAH ALAM, SELANGOR HUBUNGI 010 – 309 2494 SEGERA UNTUK TEMPAHAN TEMPAT!
Anda Mahu Menguasai Silat Melayu? Pihak PSGFM akan mengadakan bengkel Seni Silat Malaysia Tahap Satu pada 28- 29 Mei 2016. Bengkel ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mempelajari silat yang berumur 15 tahun ke atas. Para peserta akan mengikuti kursus ini selama 30 jam (2 hari) untuk mempelajari asas persilatan. Para peserta yang… Read more »
Tahniah kepada PSGFM kerana kini mempunyai Buletin Mingguan yang boleh diperolehi secara PERCUMA oleh semua ahli di dalam talian di Laman Web Rasmi Buletin PSGFM. Ahli-ahli PSGFM boleh mendaftarkan diri dan mendapatkannya untuk mengetahui perkembangan terkini dan semasa berhubung Silat Melayu. Sila klik di Laman Web Rasmi Buletin PSGFM Sekarang Untuk Mendapatkannya!
Mesyuarat Majlis Tertinggi PSGFM 2016 telah diadakan di Akademi Silat Malaysia, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Tahun 2016 bakal melihat PSGFM menguasai ilmu persilatan tanah air melalui bidang keilmuan pendidikan silat. Ikuti maklumat lanjut Mesyuarat MT PSGFM di sini
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani (PSGFM) kini telah mempunyai akaun Google Plus. Para pengikut dan peminat PSGFM dapat mengikuti segala aktiviti yang berlaku di dalam pertubuhan ini di akaun PSGFM Google Plus tersebut. Idea asal bermula apabila ramai peminat PSGFM yang mempunyai akaun Google Plus ingin mendapatkan sumber maklumat terkini melalui lingkaran jaringan sosial Google… Read more »
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Mulakan hari anda dengan berita baik ini! Sukatan pelajaran Silat berasaskan sains sukan diperkenalkan untuk memudahkan orang ramai memahami dan mempelajari Seni Silat Malaysia dengan mudah dan berkesan. Kemudahan studio yang disediakan adalah: * Berpenghawa dingin * Beralaskan mattress yang disyorkan oleh Persatuan Saintifik Seni Bela Diri dan Sukan Tempur Antarabangsa… Read more »
‘Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih’ Pembukaan Akademi Silat Malaysia di Shah Alam. Pihak PSGFM, jurulatih, pesilat dan penyokong PSGFM yang sentiasa mengikiraf peranan yang dimainkan oleh TG Aminuddin Anuar dalam menyambung tugas Allahyarham TG Anuar Abdul Wahab demi memertabatkan Silat Malaysia di peringkat antarabangsa. Berita lanjut di AKADEMI SILAT MALAYSIA
Dr Nizam Shapie telah berjaya sekali lagi mendapat pingat emas di Teaching Aid Competition 2015 (TAC 2015) yang berlangsung di Century Helang Hotel Langkawi, Kedah, Malaysia pada 18 Disember 2015. Maklumat Lanjut Mengenai Kejayaan Ini Di Sini!
Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah dijemput oleh UiTM untuk membuat persembahan Silat Melayu Bersenjata sempena Malam Kemuncak Bulan Inovasi UITM 2015 yang telah diadakan pada 23 Disember 2015 bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Lihat berita lanjut di sini!
Dr. Nizam Shapie telah membentangkan kertas kerja di Seminar Antarabangsa Warisan dan Tamadun Melayu 2015.Seminar yang berlangsung pada 16-17 Disember 2015 di Hotel One Helang, Langkawi Kedah ini dianjurkan oleh Institut Pengurusan dan Integriti Negeri Kedah Darul Aman dan Universiti Teknologi MARA Kedah. Maklumat Lanjut Di Sini!
Mesyuarat Majlis Tertinggi PSGFM 2015-2017 telah diadakan di Batu 13, Kajang, Selangor Darul Ehsan pada 29 November 2015. Tahun 2016 bakal melihat PSGFM bakal menguasai ilmu persilatan tanah air melalui bidang keilmuan pendidikan silat. Ikuti maklumat lanjut Mesyuarat MT PSGFM di sini
Dr . Nizam Shapie telah berjaya dalam percubaan pertama beliau di Research Innovation Symposium & Exposition (RISE) 2015 for Humanity yang telah berlangsung pada 15 – 16 November 2015 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor. Kejayaan beliau dalam membawa industri silat ke peringkat antarabangsa mendapat pengiktirafan apabila produk beliau… Read more »
Program ini akan mengupas bagaimana PSGFM bergerak dalam satu pasukan dalam menjayakan pelbagai aktiviti dalam dan luar negara. Gandingan di antara orang lama dan orang baru telah membuahkan hasil apabila PSGFM telah tersenarai di antara lapan organisasi terbaik di ASIA dan satu-satunya daripada organisasi seni mepertahankan diri / SILAT di Anugerah Industri Sukan ASIA yang berlangsung… Read more »
PSGFM yang diterajui oleh Guru Utama, Tuan Guru Aminuddin Anuar adalah merupakan tokoh yang bertanggungjawab membawa kepada penerimaan anugerah ini. Beliau telah dibantu oleh Pakar Silat Malaysia, Tuan Guru Prof. Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie dan ahli-ahli pemikir dan pelaksana yang lain dalam merancang dan melaksanakan setiap program diatur pada setiap tahun. Ikuti bicara lanjut mengenai… Read more »
Aidil Adha atau Idul adha bermakna pengorbanan yang berlangsung pada setiap 10 Dzulhijah. Pengorbanan itu membawa maksud yang cukup mendalam kepada setiap orang muslim di mana sifat tawadhu atau sikap merendah hati dan ikhlas dituntut dalam mencipta semangat tolak-ansur yang kuat dan kukuh di antara sesama muslim. Segala kejayaan yang diperolehi dalam masa 2… Read more »
Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie telah terpilih untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Manila pada 1 Oktober 2015 untuk menerima Anugerah Industri Sukan Asia 2015. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam memertabatkan Silat ke peringkat antarabangsa. PSGFM telah dianugerahkan Organisasi Sukan Terbaik 2015 di ASia Sports Indsutry Awards (SPIA) 2015. Anugerah tersebut akan disampaikan di… Read more »
Amanat daripada Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar, Guru Utama Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) tentang kejayaan PSGFM di peringkat antarabangsa apabila diberi pencalonan Best Organization of The Year 2015 di Asia Sports Insdustry Awards 2015. Kenyataan ini boleh didapati dengan jelas di Kenyataan Tuan Guru Aminuddin Anuar.
Pertubuhan Seni Gayung Fatani (PSGFM) telah mencipta sejarah apabila menjadi Pertubuhan Silat Terbaik di Asia kerana telah terpilih untuk mewakili Malaysia ke Manila bagi merangkul anugerah Sport Organization of the Year 2015. PSGFM berasa bangga kerana telah terpilih di antara ratusan pertubuhan-pertubuhan silat yang ada di Malaysia untuk mendapat pengiktirafan ini. Kemenangan ini adalah untuk Malaysia dan… Read more »
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinanNya jua kita dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 58, negara Malaysia tercinta. Sesuai dengan slogan ‘Sehati Sejiwa’, marilah kita melihat kembali melihat susur sejarah kemerdekaan yang kita kecapi pada hari. Usaha perjuangan ini adalah hasil daripada perjuangan generasi terdahulu bermula sejak zaman Kesultanan Melayu… Read more »
Hari ditunggu bakal tiba, Pesilat cilik bertambah ceria, Hati sayu di pagi raya, Mengenang guru silat jauh di mata, Minal Aidil wal faizin, Selamat Hari Raya. Gemersik takbir mengundang hiba, Salam diutus tanda ingatan, Syawal dinanti menjelang tiba, Salam diutus pohon kemaafan. Maaf zahir dan batin. Berita lanjut di Salam Aidilfitri PSGFM 2015
Pihak PSGFM akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa 2015. Di jemput semua ahli, guru dan jurulatih untuk hadir ke majlis ini. Majlis akan diketuai oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie. Untuk maklumat lanjut sila ke Majlis Berbuka Puasa 2015.
Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan yang mulia ini pihak PSGFM telah menerima perkhabaran baik daripada Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie. Kajian silat yang telah dilakukan sebelum ini telah pun diakui di peringkat antarabangsa. Kali ini kajian beliau telah diterbitkan di Poland. Kajian ini adalah kesinambungan kajian yang dilakukan bersama para pengkaji dalam bidang Psikologi Sukan… Read more »
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) merakam ucapan takziah buat keluarga Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju yang kembali ke Rahmatullah di Hospital Tawakkal, Kuala Lumpur pada jam 3.20 pagi tadi. Omardin adalah guru utama daripada PSSLM yang merupakan salah satu badan pendiri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA). Tiga… Read more »
Pihak pengurusan tertinggi Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh ahli PSGFM yang beragama Islam. Ramadhan al-Mubarak adalah bulan mulia yang penuh dengan keampunan dan keberkatan yang ditunggu-tunggu oleh umat islam di seluruh dunia. Di sini marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran kerana dengan izin-Nya kita diberi kesempatan bertemu dengan… Read more »
Tahniah diucapkan kepada Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu yang merangkul Juara Keseluruhan yang membawa pulang Piala Pusingan Aminuddin Anuar pada kali ini! Ikuti maklumat lanjut Pertandingan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan – Piala Aminuddin Anuar 2015 yang berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie akan membuka HUB Silat Malaysia di Shah Alam. Kelas Silat Dr. Nizam akan berlangsung pada setiap Jumaat, Jam 8.30 malam hingga 10.30 malam di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam. Sukatan pelajaran Silat berasaskan sains sukan akan diperkenalkan supaya memudahkan orang ramai memahami dan mempelajari Silat Malaysia dengan… Read more »
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) bersama Kelab Silat Olahraga Fatani Bersatu akan menganjurkan Bengkel Silat Tempur Peringkat Kebangsaan pada 18 April 2015. Program ini akan dijalankan di Bandar Baru Bangi. Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan Piala Aminuddin Anuar 2015 menawarkan hadiah berjumlah RM40,000.00 kepada para peserta yang bertanding pada 9 Mei 2015. Maklumat… Read more »
Kajian-kajian silat di peringkat antarabangsa oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie telah mula diterbitkan dalam journal-journal antarabangsa. Selepas mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik dan sukan, Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam kini berkongsi pengetahuan ilmu persilatan beliau dengan para pengkaji yang lain dalam meluaskan lagi skop bidang penyelidikan berkaitan dengan silat…. Read more »
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) akan menganjurkan Kejohanan Silat Tempur Peringkat Kebangsaan 2015 Piala Aminuddin Anuar. Sebarang maklum balas mengenai butir-butir kejohanan ini boleh didapati di laman web utama PSGFM di Laman Rasmi Silat Tempur 2015. Berikut adalah butiran kejohanan yang lepas: 1. Pertandingan Silat Tempur Malaysia 1 [Zon Tengah] – Berlangsung pada 11 hingga… Read more »
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang baru pulang dari 3rd World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2014, Rzeszow, Poland telah dijemput untuk menjadi Rakan Strategik sempena Kongres Warisan Melayu Sedunia 2014 yang berlangsung di Matrade Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur pada 28-29 Oktober 2014. Jemputan ini termasuk menyediakan ruang… Read more »
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah mengadakan Program Silat di Eropah. PSGFM telah meletak nama sebagai sebuah perguruan yang bertaraf dunia apabila memdapat anugerah persembahan terbaik seni beladiri dunia di Gala Seni Mempertahankan Diri, Rzeszow, Poland. Bersyukur kita dengan kejayaan Program Silat European Tour 2014 telah berjaya dilaksanakan menerusi kerjasama erat Pertubuhan Seni Gayung Fatani… Read more »
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah mengadakan Bengkel Pergendangan Muzik Silat Baku Malaysia di Hotel Avillion, Port Dickson pada 5 hingga 7 September 2014. Sebagai perguruan yang berjaya membangunkan amalan permainan tradisi rakyat silat pulut, PSGFM berjaya melahirkan generasi muda sebagai pelapis yang dapat mengekalkan pergendangan silat Melayu yang dikenali sebagai Muzik Silat Baku Malaysia. Peralatan… Read more »
You must be logged in to post a comment.