Featured Image

PSGFM di Anugerah Sukan Negara 2016

Pihak PSGFM telah dijemput sebagai tetamu VIP di Anugerah Sukan Negara 2016 yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Pelbagai informasi telah berjaya dikongsi termasuklah mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada tahun 2016 khasnya sukan silat. Maklumat lanjut di PSGFM Tokoh Sukan 2016

Featured Image

Imbas Kembali Kejayaan PSGFM di Peringkat Dunia

PSGFM adalah satu-satunya pertubuhan seni mempertahankan diri mendapat pengiktirafan antarabangsa. Berikut adalah berita-berita kejayaan yang diperolehi PSGFM pada tahun 2014 di Sports Industry Awards, Makati, Filipina. Gayung Fatani di Manila – PressReader.com Gayung Fatani Terpilih – The Prawn Sandwich The Best of Gayung Fatani – Sports Industry Awards The Best Silat – Google Plus Fatani is… Read more »

Featured Image

Video PSGFM

Kepada semua ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang mencari video-video rasmi mengenai segala informasi terkini PSGFM yang berkaitan latihan, sukatan pelajaran, Kurikulum Silat Malaysia, Guru Utama PSGFM dan perkembangan dalam dan luar negara, boleh melawat laman web rasmi video silat di PSGFM.com Antara video-video yang mendapat sambutan adalah: Silat European Tour 2014 Video… Read more »

Featured Image

PSGFM – Kuala Lumpur

Kelab-kelab silat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menguna-pakai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang diketuai oleh Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Silat Malaysia peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Presiden, PSGFM Kuala Lumpur. Telah banyak aktiviti telah dilakukan semenjak tahun 2013. Kini kelab-kelab di Kuala Lumpur berpeluang menyertai… Read more »

Featured Image

PSGFM – Sabah

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kini bergerak aktif di negeri Sabah. Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan PSGFM di negeri di bawah bayu ini. Beliau merupakan Guru Utama PSGFM, Pengerusi Majlis Jurulatih PSGFM, Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah iaitu Yang Mulia Tuan Guru Utama Aminuddin bin Anuar…. Read more »

Featured Image

Tahniah Cikgu Fiqah Qari

Pihak PSGFM mengucapkan sekalung tahniah di atas perkahwinan Jurulatih Silat Wanita PSGFM, Cikgu Nur Fiqah Qari yang telah melangsungkan perkahwinan di Ampang, Selangor. Majlis yang berlangsung meriah ini diserikan lagi dengan persembahan silat sewaktu ketibaan pihak pengantin lelaki. Persembahan diketuai oleh Ketua Jurulatih PSGFM, Cikgu Safwan Abu Hassan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu…. Read more »

Featured Image

Bengkel Sains Sukan – Silat Olahraga

Bengkel Sains Sukan – Notational Analysis dalam Silat Olahraga telah berlangsung di Akademi Silat Malaysia. Bengkel ini telah dijalankan oleh Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan pakar notational analysis dalam Sukan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa. Banyak metadologi kajian beliau telah diguna-pakai oleh para penyelidik untuk menganalisa prestasi atlit sama ada semasa… Read more »

Featured Image

PSGFM – Sarawak

Kelab-kelab silat yang bernaung di bawah PSGFM di Sarawak kini telah beroperasi seperti biasa. PSGFM Negeri Sarawak kini diketuai oleh Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar yang akan hadir dari masa ke semasa dalam misi mengembangkan Seni Silat Malaysia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Usaha ini dibantu oleh Cik Afiza Lary yang uga merupakan Ahli Majlis… Read more »

Featured Image

Piala Aminuddin Anuar 2017

Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dengan kerjasama Akademi Silat Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar 2017 di Shah Alam pada 15-16 Julai 2017. Dijangkakan hampir 500 peserta dari seluruh negara akan menyertai pertandingan ini kerana hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000.00 bakal diraih oleh para pesilat cilik di Malaysia. Piala sempena… Read more »

Featured Image

Akademi Silat Malaysia

Akademi Silat Malaysia adalah merupakan gelanggang utama dalam pengembangan Seni Silat Malaysia di seluruh dunia. Akademi ini menjadi pusat rujukan dunia apabila dikunjungi oleh ramai pesilat dalam dan luar negara. Kepada para peminat silat yang menetap di Shah Alam, anda berpeluang besar mewarisi ilmu seni mempertahankan diri Melayu yang asli ini. Kandungan pelajaran yang tidak… Read more »

Featured Image

Kelas Silat Semakin Berkembang Di Sabah

Kejayaan negeri Sabah dalam melahirkan ramai pesilat dalam tempoh 3 tahun ini menarik perhatian PSGFM untuk menyalurkan dana Silat Melayu ke negeri di bawah bayu ini. Perubahan dalam jumlah penyertaan ini adalah disebabkan oleh pengaruh Tuan Guru Aminuddin Anuar yang telah melahirkan ramai juara silat dan pelapis silat negeri Sabah. Selain itu juga, negeri Sabah… Read more »

Featured Image

Kuasai Seni Silat Malaysia Tahap 2

Para peserta yang telah menghadiri Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 1 ataupun telah tamat peringkat 1 boleh hadir mempelajari Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 2 yang telah ditetapkan masa dan harinya pada setiap bulan. Komitmen PSGFM adalah memberikan perkhidmatan Silat terbaik kepada semua peminat silat di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut silalah klik link… Read more »

Featured Image

Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 1

Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap Satu akan diadakan pada setiap bulan bergantung pada tarikh yang ditetapkan. Kepada semua yang ingin mempelajari Silat tetapi tidak mempunyai banyak masa, bengkel ini akan dapat membantu anda menguasainya dalam masa yang singkat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila berhubung atau klik link di bawah ini: http://psgfm.com.my/bengkel-seni-silat-malaysia-tahap-1/

Featured Image

Kejayaan Ketiga PSGFM: Bengkel Silat Melayu

Guru Utama Aminuddin Anuar menjelaskan mengenai perlunya Transformasi Silat Melayu yang akan membawa kemajuan Silat di peringkat antarabangsa. Transformasi ketiga yang adalah menjalankan lebih banyak bengkel-bengkel Silat Melayu di peringkat antarabangsa yang mendapat pengiktirafan badan-badan di peringkat antarabangsa sesuai dengan moto PSGFM iaitu SILAT UNTUK SEMUA. KEJAYAAN PERTAMA PSGFM: PENYELIDIKAN SILAT MELAYU KEJAYAAN KEDUA PSGFM:… Read more »

Featured Image

Kejayaan Kedua PSGFM: Pembentangan Silat di Peringkat Antarabangsa

Kejayaan PSGFM dalam mengembangkan Silat Melayu ke peringkat antarabangsa adalah merupakan satu usaha murni yang didukung oleh Tuan Guru Utama,  Aminuddin Anuar. Usaha yang dilakukan ini adalah merupakan kesinambungan daripada perancangan yang telah digariskan oleh ayahanda beliau iaitu Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN. Penulisan ini adalah sambungan kepada penulisan: http://www.senigayungfatani.com/silat/kejayaan-psgfm-penyelidikan-silat-melayu/ Transformasi yang kedua adalah mengenai… Read more »

Featured Image

Pesanan Allahyarham Anuar Abdul Wahab

Hayatilah pesanan Allahyarham Tua guru Utama (Pertama), Anuar Abdul Wahab AMN dalam menjadikan PSGFM sebuah aliran persilatan Silat Melayu terhandal di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Banyak sumbangan-sumbangan beliau yang telah ditabur kepada negara. Hayatilah…   Amanat Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN

Featured Image

Kejayaan Pertama PSGFM: Penyelidikan Silat Melayu

Sejak mengambil-alih tampuk kepimpinan PSGFM daripada ayahanda beliau pada tahun 2009, Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar telah menjelaskan mengenai perlunya Transformasi Silat Melayu yang akan membawa kemajuan Silat di peringkat antarabangsa. Transformasi yang pertama adalah mengenai keperluan memperbanyakkan kajian dan penyelidikan Silat Melayu yang dapat membantu mengembangkan, mempromosi dan mengukuhkan Silat sebagai seni bela diri… Read more »

Featured Image

Kenali Guru Utama PSGFM

Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar adalah merupakan Guru Utama PSGFM kedua mulai tahun 2009. Beliau mula berkhidmat menggantikan ayahanda beliau iaitu Allahyarham Tuan Guru Utama, Hj Anuar Abdul Wahab AMN yang meninggal dunia pada Mac 2009. Perlantikan beliau memberikan inspirasi kepada PSGFM dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi setelah dilantik menjadi Pengerusi PSGFM pada tahun 2013…. Read more »

Featured Image

Mesyuarat MT PSGFM 2017

PERHATIAN: Ahli Majlis Tertinggi PSGFM & Majlis Perguruan PSGFM akan bermesyuarat pada awal Bulan Mac 2017. Jesteru itu, diharapkan kepada semua ahli dan jurulatih PSGFM yang mempunyai sebarang aduan, cadangan dan input mengenai segala program yang dirancang selama ini untuk mengetengahkannya kepada Pengerusi Kelab PSGFM masing-masing dengan segera. FATANI NUSA BAKTI Tabung 40 Tahun PSGFM

Featured Image

Pertemuan Bersama Guru Utama PSGFM

Pertemuan bersama Guru Utama PSGFM telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah. Beberapa isu berkait telah dibincangkan secara mendalam dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Perbincangan Masa Depan PSGFM

Featured Image

Bila Guru Utama Menulis – Artikel 1

Salam Tahun Baru 2017. Pihak editor laman web PSGFM telah mendapat keizinan Tuan Guru Utama PSGFM untuk menyiarkan artikel-artikel penulisan beliau di laman rasmi PSGFM. Para peminat dan pembaca Silat Melayu boleh juga secara langsung membaca artikel-artikel beliau di laman sesawang FB beliau. Penulisan Guru Utama PSGFM, Aminuddin Anuar. Bila Guru Utama Menulis – Artikel… Read more »

Featured Image

Silat Itu Bela Diri

Silat itu adalah ilmu bela diri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa di Malaysia menghantar anak mereka mempelajari bela diri Silat selaku ilmu bela diri rasmi bangsa Malaysia. PSGFM menyediakan perkhidmatan ini. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai kelas-kelas bela diri / silat dan kelayakan jurulatih mengajar di talian 017 – 344 6272 / 019 324… Read more »

Featured Image

Kelas PSGFM di Seluruh Malaysia

Kelas Silat PSGFM menggunakan Kurikulum Seni Silat Malaysia yang telah diiktiraf sebagai warisan bangsa Malaysia pada tahun 2002. Ketika ini kelas-kelas silat PSGFM mendapat sambutan yang amat hebat di seluruh negara. Jesteru itu, pihak pengurusan tertinggi PSGFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong kami selama ini. Kami juga ini menasihati kepada… Read more »

Featured Image

PSGFM Selaku Badan Silat Malaysia

PSGFM telah dijemput selaku badan mewakili Silat ke pertemuan NGO di Alor Setar, Kedah. Jemputan ini amat dihargai kerana PSGFM amat menyokong segala gerak kerja yang dilakukan bersama pihak kerajaan di Malaysia. Ikuti segala informasi terkini di Fatani Nusa Bakti.

Featured Image

Sukan Tempur Kanak-kanak ke Peringkat Antarabangsa

Sukan Tempur kanak-kanak iaitu Silat Tempur telah berjaya dibentangkan di peringkat antarabangsa. Pembentangan telah dilakukan oleh Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie di Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu Sabah. Kejayaan ini amat bermakna untuk semua pesilat cilik tanah air kerana sukan ini bakal dipertandingkan di peringkat dunia pada masa akan datang. Ketahui lebih lanjut… Read more »

Featured Image

Kejayaan Malaysia

Kejayaan pasukan Malaysia di Portugal adalah merupakan landasan yang tepat membuktikan penerimaan Seni Silat Malaysia di peringkat dunia. Sambutan yang diterima amat mengalakkan susulan daripada kejayaan Silat European Tour 2014. Ramai pakar seni bela diri telah menyuarakan kekaguman mereka terhadap seni mempertahankan diri Malaysia ini. Ketahui maklumat lanjut di Rahsia Kejayaan Silat Melayu.    

Featured Image

Jelajah Silat Ke Eropah 2016

Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia  telah menyertai program Silat European Tour 2016. PSGFM telah dijemput menyertai The International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) yang berlangsung di Sport Sciences School of Rio Maior, Polytechnic Institute of Santarém, Rio Maior, Portugal pada 6 hingga 8 Oktober 2016. Tuan Guru Prof DR. Mohamad Nizam MOHAMED SHAPIE… Read more »

Featured Image

Kajian Silat Antarabangsa 2016

  Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah menghasilkan penerbitan antarabangsa beliau dalam kajian sains sukan silat. Kajian dilakukan bersama Zareha Zenal, Parnabas dan Abdullah telah menghasilkan kajian ilmiah berimpak tinggi di kalangan atlet silat olahraga pada peringkat universiti di Malaysia. Dapatkan maklumat lebih lanjut di: Kajian Silat Dr Nizam Shapie Berikut adalah sedikit… Read more »

Featured Image

T40P – Dana Silat Melayu Perlu Ditambah

T40P adalah usaha yang unik dimana setiap ahli masyarakat, korporat dan institusi swasta dan kerajaan boleh membantu menyokong pembangunan serta pengembangan pendidikan silat kepada warga Malaysia yang berminat dalam meneruskan kehidupan melalui peningkatan pendidikan silat. Kami berpegang teguh prinsip peningkatan kualiti dan kemakmuran hidup berteraskan kecemerlangan pendidikan silat Melayu. Penerangan lanjut di Dana T40P

Featured Image

Silat European Tour 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Ramadan. Alhamdulillah pihak PSGFM melalui Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah mendapat jemputan rasmi ke Eropah. Silat European Tour 2016 akan berlangsung di Turki. Selepas kejayaan Silat European Tour 2014, PSGFM akan mewakili Malaysia ke Eropah. Nantikan berita penuh tidak lama lagi.