Persediaan untuk 13th International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS) Conference dan 5th Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress (GSMACC) 2024 semakin hampir! Hanya 4 minggu lagi sebelum acara ini berlangsung di Mercure Living Putrajaya dari 14 hingga 16 Oktober 2024. Sertai komuniti global pakar, pengamal, dan penyelidik seni mempertahankan diri yang akan membincangkan inovasi terkini dalam kajian sains sukan, budaya seni mempertahankan diri, dan perkembangan sukan tempur. Acara ini dijamin membawa perspektif baru dan jaringan yang tak ternilai. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara bertaraf dunia ini!

Written by PemegangAmanah