Shah Alam, Selangor – Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 yang berlangsung dari 16-18 Jun 2023 telah membuka ruang kepada para pesilat tempatan untuk mempamerkan kebolehan dan aksi masing-masing dalam memartabatkan silat sebagai seni mempertahankan diri negara.

Kejohanan Silat Kebangsaan 2023 berlangsung di Shah Alam, dan Selangor melalui Akademi Silat Malaysia (ASM) telah menunjukkan prestasi hebat dengan menjadi johan keseluruhan silat kebangsaan. Kejayaan ini menjadi suatu kebanggaan bagi Selangor dan menunjukkan kecekapan dan bakat silat yang dimiliki oleh atlet-atlet negeri ini. 

Paling menarik adalah antara para pesilat terbaik di Malaysia ini datangnya dari dua buah sekolah di Shah Alam iaitu Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. Mereka adalah:

PUTERI EILYA SOFEA MOHAMAD NIZAM (SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT TARI PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERI)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERI)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (REMAJA, PUTERI)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS I (PRA-REMAJA PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERI)

MUHAMMAD FIRAS QAYYUM BIN SHAHRUL FAZLI (SK SEKSYEN 9, SHAH ALAM)

– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS A (TUNAS PUTERA)

PUTERI EIMAAN SAFIYYA MOHAMAD NIZAM (SK SEKSYEN 9, SHAH ALAM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERI)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS B (TUNAS PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TARI PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERI)

MOHAMAD AISY LUQMAN MOHAMAD NIZAM (SK SEKSYEN 9, SHAH ALAM)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT TARI PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)
– EMAS, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (TUNAS, PUTERA)
– PERAK, SILAT TEMPUR – KELAS D (TUNAS PUTERA)
– GANGSA, SILAT SENI – SILAT TANPA SENJATA PERSEORANGAN (TUNAS, PUTERA)

NUR QISYA DAMIA BINTI SHAHRUL FAZLI (SK SEKSYEN 9, SHAH ALAM)

– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS A (TUNAS PUTERI)

MOHAMAD AZRAF LUQMAN MOHAMAD NIZAM (SMK SEKSYEN 9, SHAH ALAM)
– EMAS, SILAT OLAHRAGA – KELAS A (REMAJA PUTERA)
– EMAS, SILAT TEMPUR – KELAS G (PRA-REMAJA PUTERA)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT BERSENJATA PERSEORANGAN (REMAJA, PUTERA)
– PERAK, SILAT SENI – SILAT PULUT BERPASANGAN (REMAJA, PUTERA)

Kejohanan ini juga telah melahirkan ramai para pesilat yang berjaya menguasai ilmu Seni Silat Melayu melalui acara silat seni dan juga ilmu bela diri Melayu iaitu Silat Tempur mahupun Silat Olahraga. Terdapat para peserta yang menyertai dan memenangi pingat lebih dari 3 acara yang mana memperlihatkan tahap penguasaan ilmu seni mempertahankan diri Melayu ini yang membanggakan untuk tempoh 10 – 20 tahun akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua khasnya kepada SK Seskyen 9, Shah Alam dan SMK Seksyen 9, Shah Alam, Selangor yang telah menjadi hub sukan silat di Malaysia.

 

Written by PemegangAmanah