Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) telah dijemput oleh pihak penganjur UNESCO ICM & UiTM JOINT INTERNATIONAL SEMINAR ON YOUTH DEVELOPMENT THROUGH MARTIAL ARTS iaitu The International Centre of Martial Arts for Youth Development and Engagement under the auspices of UNESCO (UNESCO ICM) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke Chungju, Korea pada 15 November 2022.

Pihak PSGFM telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pihak UiTM &  UNESCO ICM apabila penganjuran International Martial Arts and Malay Silat Festival (IMAF2022) yang berlangsung pada 28-30 September 2022 telah mendapat sambutan ramai di Malaysia dan Peringkat Antarabangsa. IMAF2022 adalah satu projek komuniti antarabangsa berimpak tinggi melalui penganjuran bersama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia.  

Program IMAF2022 berlangsung di Hotel Everly, Putrajaya Malaysia membawakan ramai rakan strategik penganjuran termasuklah UNESCO ICM, Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA), Pusat Ko-kurikulum UiTM, Shah Alam Selangor, Kementerian Perpaduan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Yayasan Digital Malaysia. 

Program ini telah melibatkan seramai 1000 orang peserta (sepanjang 3 hari) dari pelbagai komuniti seperti para pelajar dan guru sekolah, para pelatih guru dari Institut Perguruan Guru Malaysia, para pesilat dan jurulatih silat dari pelbagai perguruan silat di bawah PESONA Malaysia, para pakar seni mempertahankan diri dari Aikido Shudokan Malaysia, wusyu (China, WuZhuangYuan Sport Academy), Silat Melayu (Malaysia, PSGFM), Taekwondo (Korea, UNESCO-ICM), Capoeira (Brazil, UNESCO-ICM), Samba (Brazil, UNESCO-ICM), Wusyu (China, UNESCO-ICM), Batakor (Kemboja, UNESCO-ICM), Pencak Silat (Indonesia, UNESCO-ICM), Taekkyeon (Korea, UNESCO-ICM), Muay Thai (Thailand, UNESCO-ICM). Seramai 22 orang peserta antarabangsa dari UNESCO ICM hadir ke IMAF2022.

Selain IMAF2022, pihak PSGFM telah terlibat di World Scientific Congress of Combat Sports and Martial Arts 2022 di Rzeszow, Poland.  Turut berlangsung pada kongress tersebut adalah Persidangan Antarabangsa International Martial Arts & Combat Sports Scientific Society 2022 (IMACSSS 2022) yang mana melibatkan pembentangan kertas kerja akademik (oral dan poster), bengkel seni mempertahankan diri antarabangsa, persembahan seni mempertahankan diri antarabangsa dan Perhimpunan Agung IMACSSS 2022. Professor Madya Dr Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie yang telah dianugerahkan “Medal of Extraordinary Achievements in Martial Arts” yang membawa gelaran “Expert Professor of Martial Arts” oleh European Martial Arts Committee (EMAC) (dahulunya dikenali sebagai European Jujutsu & Kobudo Committee) pada hari terakhir persidangan antarabangsa 5th World Scientific Congress Of Combat Sports And Martial Arts di Rzeszow, Poland.

Turut hadir bersama-sama Dr Mohamad Nizam adalah para delegasi Malaysia PT Coach Hazim Samsudin (FSR UiTM), TS Nasru Syazwan (FSR UiTM, Yayasan Digital Malaysia), Coach Muhammad Salehin Ramli (Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia), Cik Puan Nurliyana Rohaizat (Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia), wakil Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Cikgu Mohamad Fahmi Mohamed Shapie dan para pesilat dari SMK Putrajaya Presint 5(1), Putrajaya.

Pada persidangan tersebut Dr Mohamad Nizam bertindak selaku Ahli Jawatankuasa Saintifik IMACSSS 2022, Pembentang kertas kerja ilmiah bertajuk Anuar Abdul Wahab (1945-2009): The Leadership And Contributions To The Establishment Of Traditional Art Of War Into Modern Malay Silat, Pengendali bengkel dan persembahan silat antarabangsa. Beliau telah sekali lagi terpilih selaku Ahli Majlis Tertinggi IMACSSS untuk sesi 2022 – 2024. Coach Hazim Samsudin telah membentangkan dua kertas kerja iaitu (1) Southeast Asian Martial Arts Book Review: The Warrior Attitude (Sikap Pendekar) in Malay Silat Encouraging Malaysian Interest in Global Martial Arts and Combat Sports dan (2) How to Boost Cardiovascular Endurance of Silat Exponents Using Plyometric: A Review.

Kesinambungan dengan program IMAF2022 dan IMACSSS2022, PSGFM telah dijemput ke Korea untuk menyertai Seminar Aantarabangsa yang melibatkan ramai ahli akademik, industri dan NGO. Selain itu juga, perbincangan usaha sama di antara UNESCO ICM, FSR UiTM, IMACSSS, PSGFM dan PESONA mengenai penganjuran persidangan antarabangsa International Martial Arts & Combat Sports Scientific Society 2024 (IMACSSS 2024) yang bakal berlangsung pada 17 – 19 Oktober 2024 di Putrajaya, Malaysia.

Objektif program kali ini adalah:

(1) mempromosikan aktiviti penyelidikan dan akademik mengenai seni mempertahankan diri dan pembangunan belia

(2) meneroka nilai seni mempertahankan diri yang menyumbang kepada pemerkasaan belia, wanita, dan kumpulan yang terdedah dalam usaha meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan seni mempertahankan diri

(3) mengukuhkan hubungan antarabangsa antara UNESCO ICM dan UiTM.

FATANI NUSA BAKTI

 

Written by PemegangAmanah