-
Facebook PSGFM Mencecah 5000 Like
Tahniah PSGFM! Laman sesawang PSGFM di Facebook kini mencecah 5000 orang peminat / Likers. Ini menunjukkan kepercayaan masyarakat kepada Silat Melayu. Pelbagai promosi, aktiviti dan soal-jawab dilakukan di laman tersebut. Diharapkan para pesilat, jurulatih dan pentadbir PSGFM dapat mengukuhkan lagi PSGFM selaku pengamal terbesar dan utama Kurikulum Seni Silat Malaysia. Syabas semua! #terbaiksilat #fblikers #psgfm
-
Pakar Silat Malaysia
Bengkel Silat Melayu diadakan di Persidangan Seni Mempertahankan Diri di Eropah. Kelihatan Tuan Guru Dr Prof Mohamad Nizam Mohamed Shapie sedang mengendalikan bengkel Silat Melayu dengan pakar beladiri Wusyu dan Kendo. Mereka sedang mengambil perhatian pelajaran Silat menggunkan Kurikulum Seni Silat Malaysia. Kehebatan Silat Melayu menarik perhatian mereka untuk mempelajari Seni Silat. Malaysia berbangga dengan… Read more »
-
Pre-Launch Buku Silat
Syabas PSGFM! Buku SILAT- Warisan Bangsa Malaysia kini di pasaran (pre-launch). Kepada yang berminat mendapatkan buku ini silat lewati laman Kurikulum Seni Silat Malaysia untuk mendapatkan harga promosi ini. Buku silat ini menunjukkan kesungguhan para penulis dalam memelihara hak warisan bangsa Malaysia iaitu Seni Silat daripada tercemar daripada seni beladiri asing khasnya PENCAK SILAT milik… Read more »
-
Salam Ramadan 1438H
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1438H kepada semua ahli PSGFM di seluruh Malaysia dan antarabangsa. Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama memperteguhkan hubungan dengan Allah SWT, di samping mengukuhkan lagi kerjasama silaturrahim dengan keluarga, jiran tetangga dan masyarakat pelbagai kaum. Selain itu juga, berita baik… Read more »
-
Pertandingan Silat Tempur 2017
Masih ramai tidak mengetahui mengenai asas pertandingan silat tempr. Silat Tempur adalah merupakan satu pertandingan di antara dua pesilat yang cuba menampilkan kaedah silat yang dipelajarinya di gelanggang silat ke dalam pertandingan. Pertandingan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bela diri atau mempertahankan diri berdasarkan buah pukul segera kerana pelajar masih belum menguasai serang bela berangkai… Read more »
-
Silat Tempur Peringkat Kebangsaan
Adakah anda bersedia untuk Silat Tempur 2017? Sudahkah anda mendaftar? Tahukah anda sejumlah RM20, 000.00 hadiah wang tunai dipertandingkan. Di manakah anda ketika kejohanan ini berlangsung pada tahun 2015? Pendaftaran kini terbuka kepada semua. Dapatkan maklumat lanjut di Laman Web Silat Tempur 2017 Maklumat lanjut mengenai Silat Tempur dan tatacara pertandingan boleh didapati di Tatacara… Read more »
-
Usaha Pakar Silat Malaysia di Hargai Kerajaan
Alhamdulilah, segala usaha yang dilakukan oleh Pakar Silat Malaysia telah membuahkan hasil apabila segala dedikasi dan pengorbanan beliau kini telah dihargai oleh pihak Kerajaan Malaysia. Gambar menunjukkan beliau melatih para juara di usia muda. Segala kerja keras ini telah dibalas apabila pihak Kerajaan Malaysia bersetuju mendokumentasikan segala usaha beliau dalam mengembangkan Silat Melayu dari peringkat… Read more »
-
Gambar diambil pada tahun 2009 di antara 2 jurulatih PSGFM di Gelanggang Pusat Cemerlang Silat di Bandar Baru Bangi. Latihan senjata hanya diberikan kepada para pesilat yang layak. Kelayakan ini boleh dilihat pada manual Seni Silat Malaysia. #jangantirudirumah #silatmelayu #tempursenjata
-
Inovasi Produk Silat Melayu
#kejayaansilat #psgfm #silatforbeginners #senisilatmalaysia Produk Silat telah memenangi Anugerah Gold di RISE 2015. Gambar menunjukkan TG Prof Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie menerima hadiah daripada Timbalan Menteri Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad Diah dan Pemangku Naib Canselor UiTM, Prof. Ir Dr Hj Abdul Rahman Omar. Produk ini… Read more »
-
Silat Melayu di Portugis
Kejayaan Silat Melayu. 1511 adalah tahun kejatuhan Melaka. 2016 adalah tahun Silat Melayu dipentaskan di Portugis. Gambar menunjukkan Tuan Guru Dr Prof Mohamad Nizam Mohamed Shapie selaku panel silat di Persidangan Seni Mempertahankan Diri Antarabangsa. Pelbagai isu dijawab mengenai Silat Melayu dan peranannya dalam meningkatkan moral kehidupan, khasnya mengenai Transformasi pesilat menjadi seorang yang penuh… Read more »
-
Silat – Warisan Bangsa Malaysia
Buku terkini oleh Guru Utama PSGFM, Tuan Guru Aminuddin Anuar akan ke pasaran tida lama lagi. Diharapkan para peminat silat di Malaysia menanti dengan penuh sabar. Terdapat beberapa aspek menarik daripada buku ini: Sejarah silat yang berkait rapat dengan ketamadunan bangsa Melayu Tokoh-tokoh silat tempatan Persoalan mengenai silat Melayu Persoalan mengenai Pencak Silat Banyak lagi… Read more »
-
Persembahan Silat di Paris
Pasukan Malaysia singgah ke Perancis untuk membuat persembahan Silat di Paris. Mereka terdiri daripada para pelajar Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia bersama-sama Pakar Silat Malaysia dan Pengurusan Tertinggi PSGFM. Kehebatan Seni Silat Melayu di akui ramai. Sukatan pelajaran Seni Silat Malaysia digunapakai dalam proses para peserta memahami erti dan maksud silat… Read more »
-
Kejayaan Silat Melayu
Gambar ini diambil di Rzeszow, Poland pada tahun 215 Pasukan PSGFM sedang menghadiri Persidangan Seni Mempertahankan Diri Peringkat Antarabangsa. Mereka adalah para belia dari Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Mereka mencatat sejarah sebagai Pasukan Pertama membuat Persembahan Silat Melayu di Eropah yang membawakan seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Persembahan menguna-pakai Kurikulum… Read more »
-
Seni Silat Malaysia Tahap 1
#senisilatmalaysia #jomsilat #psgfm #kelassilatdrnizam Gambar menunjukkan kelas kanak-kanak yang berlangsung di sebuah surau di negeri Selangor. KAnak-kanak ini mendapat pendedahan awal mengenai aktiviti bersilat. Mereka didedahkan dengan Sukatan peringkat 1, Seni Silat Malaysia. Program ini sedang pesat bergerak di seluruh negeri Selangor. Tahniah kepada Jurulatih Safwan yang terlibat secara langsung dalam program ini.
-
Silat Tempur Semakin di Minati
Gambar menunjukkan para pesilat yang menjadi juara dalam kelas yang dipertandingkan pada kejohanan silat tempur peringkat kebangsaan Piala Aminuddin Anuar. Kejayaan penganjuran yang berjaya memberi peluang kepada para pesilat kanak-kanak yang berada dalam tahap1 dan tahap 2 dalam Sukatan pelajaran Seni Silat Malaysia untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam sukan tempur silat. #silattempur #pialaaminuddinanuar #senisilatmalaysia
-
PSGFM di Poland
Gambar ini diambil ketika upacara penutup di International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS), Rzeszow Poland, 2014. PSGFM selaku wakil tunggal Asia Tenggara telah menghantar satu pasukan yang berjaya memenangi persembahan terbaik di sana. Kelihatan para pesilat PSGFM berbaju hijau terang (tema PSGFM). Kejayaan ini membuka mata ramai pihak di Eropah mengenai kehebatan Kurikulum… Read more »
-
Bila Guru Menulis – Aminuddin Anuar
Terkini, beberapa perbincangan khusus berkenaan perguruan telah dibincangkan bersama Majlis Tertinggi (MT) PSGFM berkenaan penyusunan Dewan Perguruan dan Majlis Jurulatih. Diharap organisasi keguruan terus memberi perkhidmatan pendidikan yang terbaik demi pembangunan seni silat di Malaysia. Maklumat Lanjut Mengenai Penulisan Guru Utama PSGFM
-
PSGFM di Anugerah Sukan Negara 2016
Pihak PSGFM telah dijemput sebagai tetamu VIP di Anugerah Sukan Negara 2016 yang berlangsung di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur. Pelbagai informasi telah berjaya dikongsi termasuklah mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung pada tahun 2016 khasnya sukan silat. Maklumat lanjut di PSGFM Tokoh Sukan 2016
-
Imbas Kembali Kejayaan PSGFM di Peringkat Dunia
PSGFM adalah satu-satunya pertubuhan seni mempertahankan diri mendapat pengiktirafan antarabangsa. Berikut adalah berita-berita kejayaan yang diperolehi PSGFM pada tahun 2014 di Sports Industry Awards, Makati, Filipina. Gayung Fatani di Manila – PressReader.com Gayung Fatani Terpilih – The Prawn Sandwich The Best of Gayung Fatani – Sports Industry Awards The Best Silat – Google Plus Fatani is… Read more »
-
Video PSGFM
Kepada semua ahli Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang mencari video-video rasmi mengenai segala informasi terkini PSGFM yang berkaitan latihan, sukatan pelajaran, Kurikulum Silat Malaysia, Guru Utama PSGFM dan perkembangan dalam dan luar negara, boleh melawat laman web rasmi video silat di PSGFM.com Antara video-video yang mendapat sambutan adalah: Silat European Tour 2014 Video… Read more »
-
PSGFM – Kuala Lumpur
Kelab-kelab silat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menguna-pakai Kurikulum Seni Silat Malaysia yang diketuai oleh Tuan Guru Prof Dr Mohamad Nizam bin Mohamed Shapie. Beliau juga adalah Pengerusi Majlis Silat Malaysia peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Presiden, PSGFM Kuala Lumpur. Telah banyak aktiviti telah dilakukan semenjak tahun 2013. Kini kelab-kelab di Kuala Lumpur berpeluang menyertai… Read more »
-
PSGFM – Sabah
Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia kini bergerak aktif di negeri Sabah. Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan PSGFM di negeri di bawah bayu ini. Beliau merupakan Guru Utama PSGFM, Pengerusi Majlis Jurulatih PSGFM, Pengerusi Majlis Seni Silat Malaysia Negeri Sabah iaitu Yang Mulia Tuan Guru Utama Aminuddin bin Anuar…. Read more »
-
Tahniah Cikgu Fiqah Qari
Pihak PSGFM mengucapkan sekalung tahniah di atas perkahwinan Jurulatih Silat Wanita PSGFM, Cikgu Nur Fiqah Qari yang telah melangsungkan perkahwinan di Ampang, Selangor. Majlis yang berlangsung meriah ini diserikan lagi dengan persembahan silat sewaktu ketibaan pihak pengantin lelaki. Persembahan diketuai oleh Ketua Jurulatih PSGFM, Cikgu Safwan Abu Hassan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu…. Read more »
-
Bengkel Sains Sukan – Silat Olahraga
Bengkel Sains Sukan – Notational Analysis dalam Silat Olahraga telah berlangsung di Akademi Silat Malaysia. Bengkel ini telah dijalankan oleh Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan pakar notational analysis dalam Sukan Silat Olahraga di peringkat antarabangsa. Banyak metadologi kajian beliau telah diguna-pakai oleh para penyelidik untuk menganalisa prestasi atlit sama ada semasa… Read more »
-
PSGFM – Sarawak
Kelab-kelab silat yang bernaung di bawah PSGFM di Sarawak kini telah beroperasi seperti biasa. PSGFM Negeri Sarawak kini diketuai oleh Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar yang akan hadir dari masa ke semasa dalam misi mengembangkan Seni Silat Malaysia ke Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Usaha ini dibantu oleh Cik Afiza Lary yang uga merupakan Ahli Majlis… Read more »
-
Piala Aminuddin Anuar 2017
Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia dengan kerjasama Akademi Silat Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Silat Tempur Piala Aminuddin Anuar 2017 di Shah Alam pada 15-16 Julai 2017. Dijangkakan hampir 500 peserta dari seluruh negara akan menyertai pertandingan ini kerana hadiah wang tunai berjumlah RM 20,000.00 bakal diraih oleh para pesilat cilik di Malaysia. Piala sempena… Read more »
-
Akademi Silat Malaysia
Akademi Silat Malaysia adalah merupakan gelanggang utama dalam pengembangan Seni Silat Malaysia di seluruh dunia. Akademi ini menjadi pusat rujukan dunia apabila dikunjungi oleh ramai pesilat dalam dan luar negara. Kepada para peminat silat yang menetap di Shah Alam, anda berpeluang besar mewarisi ilmu seni mempertahankan diri Melayu yang asli ini. Kandungan pelajaran yang tidak… Read more »
-
Kelas Silat Semakin Berkembang Di Sabah
Kejayaan negeri Sabah dalam melahirkan ramai pesilat dalam tempoh 3 tahun ini menarik perhatian PSGFM untuk menyalurkan dana Silat Melayu ke negeri di bawah bayu ini. Perubahan dalam jumlah penyertaan ini adalah disebabkan oleh pengaruh Tuan Guru Aminuddin Anuar yang telah melahirkan ramai juara silat dan pelapis silat negeri Sabah. Selain itu juga, negeri Sabah… Read more »
-
Kuasai Seni Silat Malaysia Tahap 2
Para peserta yang telah menghadiri Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 1 ataupun telah tamat peringkat 1 boleh hadir mempelajari Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 2 yang telah ditetapkan masa dan harinya pada setiap bulan. Komitmen PSGFM adalah memberikan perkhidmatan Silat terbaik kepada semua peminat silat di seluruh negara. Untuk mendapatkan maklumat lanjut silalah klik link… Read more »
-
Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap 1
Bengkel Seni Silat Malaysia Tahap Satu akan diadakan pada setiap bulan bergantung pada tarikh yang ditetapkan. Kepada semua yang ingin mempelajari Silat tetapi tidak mempunyai banyak masa, bengkel ini akan dapat membantu anda menguasainya dalam masa yang singkat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila berhubung atau klik link di bawah ini: http://psgfm.com.my/bengkel-seni-silat-malaysia-tahap-1/
-
Kejayaan Ketiga PSGFM: Bengkel Silat Melayu
Guru Utama Aminuddin Anuar menjelaskan mengenai perlunya Transformasi Silat Melayu yang akan membawa kemajuan Silat di peringkat antarabangsa. Transformasi ketiga yang adalah menjalankan lebih banyak bengkel-bengkel Silat Melayu di peringkat antarabangsa yang mendapat pengiktirafan badan-badan di peringkat antarabangsa sesuai dengan moto PSGFM iaitu SILAT UNTUK SEMUA. KEJAYAAN PERTAMA PSGFM: PENYELIDIKAN SILAT MELAYU KEJAYAAN KEDUA PSGFM:… Read more »
-
Kejayaan Kedua PSGFM: Pembentangan Silat di Peringkat Antarabangsa
Kejayaan PSGFM dalam mengembangkan Silat Melayu ke peringkat antarabangsa adalah merupakan satu usaha murni yang didukung oleh Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar. Usaha yang dilakukan ini adalah merupakan kesinambungan daripada perancangan yang telah digariskan oleh ayahanda beliau iaitu Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN. Penulisan ini adalah sambungan kepada penulisan: http://www.senigayungfatani.com/silat/kejayaan-psgfm-penyelidikan-silat-melayu/ Transformasi yang kedua adalah mengenai… Read more »
-
Pesanan Allahyarham Anuar Abdul Wahab
Hayatilah pesanan Allahyarham Tua guru Utama (Pertama), Anuar Abdul Wahab AMN dalam menjadikan PSGFM sebuah aliran persilatan Silat Melayu terhandal di peringkat Malaysia dan Antarabangsa. Banyak sumbangan-sumbangan beliau yang telah ditabur kepada negara. Hayatilah… Amanat Allahyarham Anuar Abdul Wahab AMN
-
Kejayaan Pertama PSGFM: Penyelidikan Silat Melayu
Sejak mengambil-alih tampuk kepimpinan PSGFM daripada ayahanda beliau pada tahun 2009, Tuan Guru Utama Aminuddin Anuar telah menjelaskan mengenai perlunya Transformasi Silat Melayu yang akan membawa kemajuan Silat di peringkat antarabangsa. Transformasi yang pertama adalah mengenai keperluan memperbanyakkan kajian dan penyelidikan Silat Melayu yang dapat membantu mengembangkan, mempromosi dan mengukuhkan Silat sebagai seni bela diri… Read more »
-
Kenali Guru Utama PSGFM
Tuan Guru Utama, Aminuddin Anuar adalah merupakan Guru Utama PSGFM kedua mulai tahun 2009. Beliau mula berkhidmat menggantikan ayahanda beliau iaitu Allahyarham Tuan Guru Utama, Hj Anuar Abdul Wahab AMN yang meninggal dunia pada Mac 2009. Perlantikan beliau memberikan inspirasi kepada PSGFM dengan pelbagai kejayaan yang dikecapi setelah dilantik menjadi Pengerusi PSGFM pada tahun 2013…. Read more »
-
Mesyuarat MT PSGFM 2017
PERHATIAN: Ahli Majlis Tertinggi PSGFM & Majlis Perguruan PSGFM akan bermesyuarat pada awal Bulan Mac 2017. Jesteru itu, diharapkan kepada semua ahli dan jurulatih PSGFM yang mempunyai sebarang aduan, cadangan dan input mengenai segala program yang dirancang selama ini untuk mengetengahkannya kepada Pengerusi Kelab PSGFM masing-masing dengan segera. FATANI NUSA BAKTI Tabung 40 Tahun PSGFM
-
Pertemuan Bersama Guru Utama PSGFM
Pertemuan bersama Guru Utama PSGFM telah berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah. Beberapa isu berkait telah dibincangkan secara mendalam dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini. Perbincangan Masa Depan PSGFM
-
Bila Guru Utama Menulis – Artikel 1
Salam Tahun Baru 2017. Pihak editor laman web PSGFM telah mendapat keizinan Tuan Guru Utama PSGFM untuk menyiarkan artikel-artikel penulisan beliau di laman rasmi PSGFM. Para peminat dan pembaca Silat Melayu boleh juga secara langsung membaca artikel-artikel beliau di laman sesawang FB beliau. Penulisan Guru Utama PSGFM, Aminuddin Anuar. Bila Guru Utama Menulis – Artikel… Read more »
-
Silat Itu Bela Diri
Silat itu adalah ilmu bela diri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa di Malaysia menghantar anak mereka mempelajari bela diri Silat selaku ilmu bela diri rasmi bangsa Malaysia. PSGFM menyediakan perkhidmatan ini. Sila dapatkan maklumat lanjut mengenai kelas-kelas bela diri / silat dan kelayakan jurulatih mengajar di talian 017 – 344 6272 / 019 324… Read more »
-
Kelas PSGFM di Seluruh Malaysia
Kelas Silat PSGFM menggunakan Kurikulum Seni Silat Malaysia yang telah diiktiraf sebagai warisan bangsa Malaysia pada tahun 2002. Ketika ini kelas-kelas silat PSGFM mendapat sambutan yang amat hebat di seluruh negara. Jesteru itu, pihak pengurusan tertinggi PSGFM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong kami selama ini. Kami juga ini menasihati kepada… Read more »
You must be logged in to post a comment.