Tuan Guru Utama, YM Super GM Aminuddin Anuar telah dianugerahkan Pendita Silat di Anugerah Silat Kebangsaan 2018 (ASK2018). Beliau juga turut memenangi anugerah Pakar Silat Malaysia berserta Anugerah Program Silat Terbaik Peringkat Kebangsaan (Nasional). Program tersebut adalah Kongres dan Simposium Silat Melayu Kebangsaan 2018 yang diadakan pada Ogos 2018.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Guru Aminuddin Anuar di atas anugerah-anugerah tersebut.

Written by PemegangAmanah