pakar silat

Gambar diambil ketika program “Ujian Kenaikan Bengkung 1000 Pesilat” yang melibatkan pesilat dari seluruh negeri Selangor. Program ini diadakan di Kajang, Selangor.

“Tiada kejayaan tanpa usaha.”

Ini adalah antara komitmen dan dedikasi Tuan Guru Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie dalam memastikan seluruh pesilat dari negeri Selangor mempunyai standard yang sekata dari segi pencapian dan prestasi semasa.

Kejayaan ini amat bermakna kerana pada usia yang muda beliau telah diberikan anugerah Guru Silat oleh Allahyarham Tuan Guru Anuar Abdul Wahab AMN pada tahun 2006.

Hasilnya dedikasi ini ditunjukkan dari masa ke semasa di mana beliau adalah satu-satunya pengkaji Silat di dunia yang mempunyai Doktor Falsafah dalam Kejurulatihan Silat.

Syabas Pakar Silat!

Written by PemegangAmanah