Kini Mereka Tahu Rahsia Senjata Melayu

Seramai 30 orang peserta mengikuti Seminar dan Bengkel Senjata Melayu secara dalam talian yang dianjurkan oleh Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) dengan kerjasama Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA), World Silat Federation (WSF), Summit Features Sdn. Bhd., Ans Diversified Sdn. Bhd., dan Creinotech Sdn. Bhd.

Bengkel dimulakan dengan seminar mengenai senjata Melayu yang dibentangkan oleh GM Dr Pro Mohamad Nizam Mohamed Shapie selama setengah jam disusuli dengan bengkel penggunaan senjata Melayu yang dijalankan dalam suasana yang meriah apabila ramai para peserta termasuk ditemani oleh ibu bapa / penjaga / pasangan membuat latihan praktikal amali penggunaan senjata Melayu.

Antara aplikasi senjata yang ditunjukkan oleh GM Nizam adalah keris, parang panjang, golok, pedang, kerambit dan pisau. Segala latihan dilakukan dalam situasi berjaga-jaga kerana melibatkan penggunaan senjata yang boleh memberikan kecederaan kepada meraka yang baru mempelajari teknik-teknik senjata Melayu.

Antara peserta yang turut hadir pada seminar dan bengkel Senjata Melayu 2021 ini adalah Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam Selangor iaitu Profesor Dr Anizu Mohd Nor, Pakar Undang-undang Sukan Malaysia iaitu Prof Madya Dr Jady@Zaidi (UKM), Pakar Pelancongan Sukan Malaysia iaitu Prof Dr Rezi-anna Mohd Kassim (UiTM), Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), FSR, UiTM iaitu Dr Mohamad Rahizam Abd Rahim, Pakar Seni Silat Melayu iaitu GM Mohd Safwan Abu Hassan, Pengkaji PhD Dasar Organisasi Sukan Puan Nazariah Abd Razak, Bekas SUB Kementerian Belia dan Sukan (KBS) iaitu Tuan Ahmad Huzairi Mohd Rawiee, Pengiat dan Pengkaji Pelancongan Seni Mempertahankan diri iaitu Dato Nasru syazwan Nawai yang hadir turu bersama-sama hadir memberi semangat kepada para peserta yang tekun mempelajari teknik menyambut dan menyerang menggunakan teknologi senjata Melayu yang ada.

Bengkel dan Seminar Senjata Melayu – Advance Level akan berlangsung pada 11 Julai 2021.

Tahniah!

Silat Untuk Semua.

Author: PemegangAmanah