19 April 2022 – Program Iftar Amal 2022 anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre dan Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA) berlangsung dalam suasana penuh kesyukuran sebentar tadi.

Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar hafiz Al-Quran dan anak-anak yatim diraikan dan diberikan sumbangan duit raya dan saguhati hasil daripada sumbangan orang ramai yang dikumpulkan sejak awal Ramadhan 1443 H / 2022. Turut hadir adalah Tuan Haji Nazeri selaku Pengerusi Akademik Al-Quran Sabil Ar-Rahimah (AQSA) Puncak Alam, Selangor dan YBhg Dato Faridah, Pengerusi Rahoma Darul Fakir.

 


Tetamu kehormat Penaung PSGFM & PESONA, Datuk Abdul Rashid Asari, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Prof Dr Mohad Anizu Mohd Nor dan Pengurus Besar Hotel Perdana KLCC, Tuan Zakaria Ismail sempena Nuzul AlQuran 1443H.

Sumbangan peribadi berjumlah RM5000.00 telah disumbangkan oleh YB Penaung kepada PSGFM untuk majlis yang penuh bermakna ini.

Turut hadir Yang Mulia Grandmaster Tuan Guru Aminuddin Haji Anuar, Guru Utama PSGFM, Yang Dihormati Grandmaster Mohd Safwan Abu Hassan Pengerusi PSGFM, Yang Dihormati Tuan Wan Zamri Wan Hassan Timbalan Pengerusi PSGFM dan ahli-ahli Majlis Tertinggi PSGFM.

Majlis bermula dengan ucapan perasmian oleh YB Datuk Abdul Rashid. Dalam ucapan yang diberikan beliau menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan amalan di bulan Ramadan terutamanya pada malam-malam terakhir ramadhan dengan bersolat tarawih, membaca Al-Quran dan berqiamullail iaitu dengan menghidupkan amalan malam. YB Datuk juga merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Pengerusi, PSGFM di atas penganjuran majlis yang penuh keberkatan dan penghormatan kepada semua yang menyumbang dalam program Iftar Amal ini. Sumbangan duit raya turut dijalankan selepas itu kepada para pelajar tahfiz dan anak-anak yatim sebagai menjalankan amanah yang diberikan oleh para penyumbang majlis tersebut sebelum majlis berbuka dijalankan.

Solat berjemaah dan tarawih turut dijalankan di surau Hotel Perdana KLCC. Para jemaah juga turut diberikan tazkirah oleh YM Guru Utama PSGFM dan YBhg Dekan FSR.

Semoga usaha ini diberkati Allah.

FATANI NUSA BAKTI

Written by PemegangAmanah