Mesyuarat Rasmi Keempat Penganjuran International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya telah dijalankan pada 27 September 2020, dari jam 9 pagi – 5 petang di Kinrara Resort, Puchong.

Persidangan ini bakal disertai oleh delegasi-delagasi seni mempertahankan diri dari 20 buah negara.

Mesyuarat dihadiri oleh ramai wakil-wakil rasmi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia), IMACSSS dan ramai lagi.

Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pengerusi merangkap Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysi,  Ahli-ahli Majlis Tertinggi PSGFM Kuala Lumpur dan Selangor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PESONA Malaysia dan Presiden PESONA Malaysia iaitu Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.

Turut serta adalah delagasi antarabangsa (alam maya) dari Amerika Syarikat / Korea, Poland dan Brazil membincangkan persiapan untuk IMACSSS & GSMACC 2020.

Manakala pemilihan para peserta ke Kejohanan Dunia Silat Tempur dan Silat Seni diadakan pada sesi petang.

Fatani Nusa Bakti

Rujukan:

Fourth GSMACC & IMACSSS 2020 Committee Official Meeting

Written by PemegangAmanah