Mesyuarat Rasmi Kelima (terakhir) Penganjuran International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal diadakan pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya telah berjaya berlangsung pada 4 Oktober 2020, dari jam 9 pagi – 5 petang di Kinrara Resort, Puchong, Selangor Darul Ehsan.
Persidangan ini bakal disertai oleh delegasi-delagasi seni mempertahankan diri dari 20 buah negara. Mesyuarat
Mesyuarat dihadiri oleh ramai wakil-wakil rasmi dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR), UiTM Shah Alam, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM), Persekutuan Silat Olahraga Nasional Malaysia (PESONA Malaysia), IMACSSS dan ramai lagi.
Turut hadir ke mesyuarat ini adalah Pengerusi merangkap Guru Utama, Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysi, Dekan FSR, UiTM Shah Alam iaitu Prof Madya Dr Mohad Anizu Md Nor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PSGFM Kuala Lumpur dan Selangor, Ahli-ahli Majlis Tertinggi PESONA Malaysia dan Presiden PESONA Malaysia iaitu Dr Mohamad Nizam Mohamed Shapie.
Persidangan ini bakal mencipta sejarah kerana satu-satunya acara yang berlangsung di dalam dunia seni mempertahankan diri secara langsung dari Malaysia dan bakal disertai oleh delegasi-delegasi antarabangsa secara langsung di alam maya.
Jumpa anda minggu hadapan di Everly Hotel, Putrajaya!
Rujukan:
Fifth GSMACC & IMACSSS 2020 Committee Official Meeting
You must be logged in to post a comment.