24 November 2022 – Pihak Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

DS Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas berjuang selama 24 tahun menggerakkan agenda reformasi di Malaysia. Pelantikan ini adalah selaras dengan perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah setelah mendapat pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Semoga agenda reformasi ini dapat diteruskan dalam memacu Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan terbilang di peringkat antarabangsa.  Tidak dilupakan agenda reformasi dalam Silat Melayu diteruskan dalam usaha PSGFM mengangkat silat sebagai seni mempertahankan diri nombor 1 di Malaysia.

REFORMASI!

 

Kenyataan Rasmi Guru Utama PSGFM

Written by PemegangAmanah