Alhamdulillah – Penta Harvest International (PHI) Sdn Bhd bersetuju menjadi rakan penaja bertaraf platinum di International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society Conference 2020 (IMACSSS) dan Global Scientific Martial Arts and Cultural Congress 2020 (GSMACC) yang bakal berlangsung pada 10-12 Oktober 2020 di Everly Hotel Putrajaya.

Produk PHI adalah produk yang popular ketika ini kerana mengandungi sarang burung walit atau lebih dikenali sebagai “edible bird’s nest” (EBN) yang diproses untuk menjadikannya lapan kali ganda lebih berkhasiat daripada sarang burung walit yang biasa didapati di pasaran Malaysia dan antarabangsa.

EBN tiada saingan disebabkan produknya adalah produk sarang burung walit yang pertama memegang teknologi paten di dunia.

Terdapat dua kategori produk PHI iaitu produk “boleh dimakan” dan produk “boleh dipakai” atau lebih dikenali sebagai “penta series“.

Kedua-dua produk boleh makan adalah “ultra” dan “profit shake“. Manakala lima produk boleh dipakai atau penta series pula adalah “serum, krim, losen, mausse dan topeng muka berteknologi tinggi”.

Syabas PSGFM dan PHI di atas kerjasama ini!

Sebarang pertanyaan mengenai PHI boleh menghubungi Tuan Muhammad di talian 017 – 344 6272.

Written by PemegangAmanah