Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.
Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai jam 12.00 tengah malam, 18 Mac 2020.
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas.
Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.
Perintah Kawalan Pergerakan kini disambung ke 14 April 2020 dalam usaha usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19 dan malapetaka yang menimpa dunia ini.
Jaga Kebersihan & Berdoalah demi Agama, Bangsa dan Negara.
You must be logged in to post a comment.