PSGFM di Poland

Gambar ini diambil ketika upacara penutup di International Martial Arts and Combat Sports Scientific Society (IMACSSS), Rzeszow Poland, 2014. PSGFM selaku wakil tunggal Asia Tenggara telah menghantar satu pasukan yang berjaya memenangi persembahan terbaik di sana.

Kelihatan para pesilat PSGFM berbaju hijau terang (tema PSGFM).

Kejayaan ini membuka mata ramai pihak di Eropah mengenai kehebatan Kurikulum Seni Silat Malaysia yang dapat membantu seseorang itu menguasai seni mempertahankan diri dengan mudah dan berkesan.

Selain itu juga, seni silat yang halus pergerakannya dapat menyokong pembentukan nilai-nilai murni di kalangan pengamalnya dalam menguasai Silat.

Maklumat lanjut mengenai Kurikulum Seni Seni Malaysia.

#40tahunpsgfm

#bukusilat

#kurikulumsilat.com

Author: PemegangAmanah