Pada Majlis Aidilfitri 2022 anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM) yang berlangsung di Bandar Puteri, Puchong Selangor memberikan isyarat yang jelas kepada semua bahawa Silat Melayu kini ditadbir oleh satu badan sukan silat yang Profesional dan berwibawa.
Penaung PSGFM, YB Datuk Abdul Rashid Asari, memuji barisan Majlis Tertinggi dan ahli jawatankuasa PSGFM yang terdiri daripada golongan profesional yang sekaligus mengangkat martabat silat di peringkat nasional dan antarabangsa. Menurut Abdul Rashid lagi, pengalaman beliau bersama-sama badan sukan kebangsaan yang dahulunya diterajui oleh Tan Sri Muhammad Taib tidak dapat menghasilkan satu pasukan kepimpinan sukan silat yang profesional seperti PSGFM.
Sebagai contoh PSGFM berjaya menghimpunkan ramai cendiakawan-cendiakawan di peringkat universiti yang bersama-sama memberikan sumbangan memertabatkan silat di peringkat antarabangsa sehinggalah diiktiraf UNESCO.
Antara nama-nama besar akademik dalam sukan, Silat Melayu dan seni mempertahankan diri di Malaysia yang telah hadir ke program-program PSGFM adalah:
- Prof Dr. Mohad Anizu Mohd Nor – Dekan FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Prof Dr. Shahriman Zainal Abidin – Penolong Naib Canselor (Antarabangsa), UiTM
- Prof Dr Jady@Zaidi Hassim – Dekan, Fakulti Undang-undang, UKM, Selangor
- Prof Dr Nadhratul Wardah Salman- Pensyarah Fakulti Undang-undang, UM, Kuala Lumpur
- Prof Dr Rozita Abdul Latif – Dekan FSR, UiTM Seremban 3, UiTM, Negeri Sembilan
- Prof Dr Ali Nadzalan, Timbalan Dekan, Fakulti Kejurulatihan Sukan, UPSI, Perak
- Prof Dr Raja Mohamad Firhad – Timbalan Dekan (Akademik) FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Prof Dr Hosni Hassan – Timbalan Dekan (ICAN) FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Prof Dr. Hassanuddeen B. Abd. Aziz – Dekan Fakulti Perniagaan, UIA, Selangor
- Prof Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie – FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Prof Dr Rezian-na Muhammad Kassim – Koordinator Antarabangsa, UiTM Shah Alam Selangor
- Prof Dr Datin Seri Sarina Mohd Yusof – FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Prof Dr Mohamad Rahizam Abdul Rahim – Timbalan Dekan (HEP) FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Prof Dr Lee Kwan Meng – UPM
- Prof Dr Vincent Parnabas – FSR, UiTM Shah Alam, Selangor
- Dr Jufitri Joha – MBM
- Prof Dr Wojciech Cynarki – Poland
- Prof Dr Carlos Gutirez – Sepanyol
- Prof Dr Abel Figueredo – Portugal
- Prof Dr John Johnson – USA
- Prof Dr Christiano Barrera – Brazil
- dan ramai lagi…
Ternyata kenyataan yang diungkapkan oleh Abdul Rashid telah terbukti kebenarannya apabila tadbir-urus PSGFM mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui penulisan akademik dari penulis tempatan dan antarabangsa.
A Narrative Exploration of Issues in Silat Development From Children To Youth Athletes
Semoga kejayaan ini berterusan demi Agama, Bangsa dan Negara.
You must be logged in to post a comment.